JDT vs Kedah FA Piala Sumbangsih 2018

JDT vs Kedah FA Piala Sumbangsih 2018 . Ini adalah perlawanan antara pasukan JDT atau Johor Darul Ta’zim vs pasukan Kedah FA dalam Piala Sumbangsih 2018. Ia juga merupakan perlawanan pertama dan bermulanya perlawanan Liga Super 2018. Berikut adalah butir-butir perlawanan tersebut;

[+] Ebook menjahit pelbagai baju

JDT vs Kedah FA Piala Sumbangsih 2018

VS

JDT vs Kedah FA Piala Sumbangsih 2018

JDT vs Kedah FA Piala Sumbangsih 2018

Tarikh : 3hb Februari 2018 (Sabtu)

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATU
LINK DUA
LINK TIGA
JDTTV
TV3
TV9

Keputusan perlawanan :

PASUKAN
PASUKAN
JDT ( 2 )
VS
Kedah FA ( 1 )

[+] Kerja part time dirumah DIPERLUKAN!

Perlawanan antara pasukan JDT dengan pasukan Kedah FA ini adalah perlawanan bagi merebut Piala Sumbangsih 2018. Perlawanan ini adalah perlawanan yang dinanti-nantikan oleh semua penyokong terutamanya penyokong pasukan JDT dan pasukan Kedah FA. Untuk info, pasukan JDT tewas dengan pasukan Kedah FA dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2017 dengan penentuan sepakan penalti 5 – 4. Jadi inilah masa yang sesuai bagi mereka merampas kembali Piala Sumbangsih 2018 ini. Perlawanan ini juga boleh dijadikan sebagai perlawanan ‘comeback’ bagi pasukan JDT selepas mereka tewas pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala ACL 2018 tempoh hari kepada pasukan Muangthong United. Oleh itu, ini adalah perlawanan yang amat penting buat pasukan JDT kerana ini juga merupakan perlawanan pertama dalam Liga Super 2018 dimana mata akan dikira. Bagi pasukan Kedah FA pula, perlawanan ini boleh diibaratkan perlawanan balas dendam pasukan Kedah FA ke atas kekalahannya kepada pasukan JDT semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2017. Pastinya perlawanan ini sengit kerana kedua-dua pasukan ada misi masing-masing. Untuk itu, inilah masanya barisan kejurulatihan memantapkan taktikal dan strategi yang baik bagi mendapat kemenangan dan seterusnya memastikan para pemain lebih bersedia menghadapi pasukan Kedah FA.

Semoga perlawanan JDT vs Kedah FA Piala Sumbangsih 2018 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT dan dapat mengekalkan prestasi yang konsisten serta bermain bersungguh-sungguh di halaman sendiri demi membuktikan yang pasukan JDT masih lagi pasukan yang masih lagi memberikan saingan yang sengit. Semoga para pemain JDT terus memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan kepada para penyokong permainan bola yang sebenar dan merampas kembali Piala Sumbangsih 2018 ke bumi Johor ini. Untuk penyokong pasukan Harimau Selatan yang hadir menyaksikan perlawanan disana nanti pula diharap dapat menjaga disiplin dan menjaga nama baik pasukan JDT serta tunjukkan pada penyokong Kedah FA yang penyokong JDT amat bertamadun mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Luaskan kuasamu Johor”

DON'T FORGET TO SHARE --->
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.