JDT vs Penang FA Liga Super 2017

JDT vs Penang FA Liga Super 2017. Ini adalah perlawanan keempat belas antara pasukan JDT atau Johor Darul Ta’zim vs pasukan Penang FA dalam Liga Super 2017. Berikut adalah butir-butir perlawanan tersebut:

[+] Ebook menjahit pelbagai baju

JDT vs Penang FA Liga Super 2017

VS

JDT vs Penang FA Liga Super 2017

JDT vs Penang FA Liga Super 2017

Tarikh : 1hb Julai 2017 (Sabtu)

Masa : 8.45 Malam

Tempat : Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATU
LINK DUA
LINK TIGA
JDTTV
TV3
TV9

Keputusan perlawanan :

PASUKAN
PASUKAN
JDT ( 2 )
VS
Penang FA ( 0 )

[+] Kerja part time dirumah DIPERLUKAN!

Perlawanan antara pasukan JDT dengan pasukan Penang FA ini adalah perlawanan yang keempat belas buat pasukan JDT dalam Liga Super 2017 selepas berehat panjang kerana menyambut perayaan Aidilfitri. Perlawanan ini pastinya menarik kerana pasukan Penang FA hanya tewas tipis sahaja dengan pasukan JDT dengan jaringan 2 – 1. Walaupun kini berada di kedudukan tangga tercorot dalam carta Liga Super 2017, pastinya pasukan Penang FA akan mengerahkan kudrat para pemainnya lebih 100% dan bangkit bagi mengalahkan pasukan JDT di laman mereka sendiri iaitu Stadium Bandaraya nanti demi meraih kembali kepercayaan penyokongnya. Tetapi inilah bolasepak. Apa pun boleh terjadi jika tidak berwaspada dan leka. Manakala bagi pasukan JDT pula, inilah masanya barisan kejurulatihan memantapkan taktikal dan strategi yang baik untuk menghadapi pasukan Penang FA. Jadikan kekalahan ke atas pasukan Ceres Negros FC dalam semifinal kedua zon Asia Piala AFC 2017 yang lepas sebagai pengajaran yang berguna. Pasukan JDT hanya tinggal satu piala sahaja yang ingin dipertahankan iaitu Juara Liga Super 2017.

Semoga perlawanan JDT vs Penang FA Liga Super 2017 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT dan dapat mengekalkan prestasi yang konsisten serta bermain bersungguh-sungguh di halaman sendiri demi membuktikan yang pasukan JDT masih lagi pasukan yang masih lagi memberikan saingan yang sengit. Semoga para pemain JDT terus memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan kepada para penyokong permainan bola yang sebenar. Untuk penyokong pasukan Harimau Selatan yang hadir menyaksikan perlawanan disana nanti pula diharap dapat menjaga disiplin dan menjaga nama baik pasukan JDT serta tunjukkan pada penyokong Penang FA yang penyokong Johor amat bertamadun mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Luaskan kuasamu Johor”

DON'T FORGET TO SHARE --->

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.