JDT vs Persija Jakarta Piala AFC 2018

JDT vs Persija Jakarta Piala AFC 2018. Ini adalah perlawanan pertama antara pasukan JDT atau Johor Darul Ta’zim vs pasukan Persija Jakarta dalam Piala AFC 2018. Berikut adalah butir-butir perlawanan tersebut:

[+] Ebook menjahit pelbagai baju

JDT vs Persija Jakarta Piala AFC 2018

VS

JDT vs Persija Jakarta Piala AFC 2018

JDT vs Persija Jakarta Piala AFC 2018

Tarikh : 14hb Februari 2018 (Rabu)

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATU
LINK DUA
LINK TIGA
IFLIX
TV3
TV9

#Live streaming – ASTRO 812

Keputusan perlawanan :

PASUKAN
PASUKAN
JDT ( 3 )
VS
Persija Jakarta ( 0 )

[+] Kerja part time dirumah DIPERLUKAN!

Perlawanan antara pasukan JDT dengan pasukan Persija Jakarta ini adalah perlawanan pertama buat pasukan JDT dalam Piala AFC 2018. Untuk info, pasukan JDT diletakkan di dalam Kumpulan H Piala AFC 2018 setelah gagal melepasi kelayakan Piala ACL 2018. Bersama-sama pasukan JDT di dalam Kumpulan H adalah pasukan Persija Jakarta (Indonesia), pasukan Song Lam Nghe An FC (Vietnam), dan pasukan Tampines Rovers (Singapura). Kesemua pasukan di dalam Kumpulan H ini tidak pernah bertemu dengan pasukan JDT kecuali pasukan Tampines Rovers yang pernah bertemu pasukan JDT dalam perlawanan persahabatan. Pastinya perlawanan ini amat menarik kerana inilah kali pertama wakil dari Indonesia berada di dalam perlawanan antarabangsa selepas dilepaskan dari penggantungan oleh Konfederasi AFC. Pasukan Persija Jakarta pastinya akan bermain bersungguh-sungguh bagi menundukkan pasukan JDT di Stadium Larkin nanti. Oleh yang demikian pasukan JDT haruslah berwaspada dan jangan memandang rendah keupayaan pasukan Persija Jakarta nanti. Bagi pasukan JDT, inilah masanya barisan kejurulatihan memantapkan taktikal dan strategi yang baik bagi mengutip 3 mata berharga dan seterusnya memastikan kedudukan selesa pasukan JDT di carta Kumpulan H Piala AFC 2018.

Semoga perlawanan JDT vs Persija Jakarta Piala AFC 2018 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT dan dapat mengekalkan prestasi yang konsisten serta bermain bersungguh-sungguh di halaman sendiri demi membuktikan yang pasukan JDT masih lagi pasukan yang masih lagi boleh bersaing di pentas Asia. Semoga para pemain JDT terus memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan kepada para penyokong permainan bola yang sebenar. Untuk penyokong pasukan Harimau Selatan yang hadir menyaksikan perlawanan disana nanti pula diharap dapat menjaga disiplin dan menjaga nama baik pasukan JDT serta tunjukkan pada penyokong Persija Jakarta yang penyokong JDT amat bertamadun mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Luaskan kuasamu Johor”

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.