JDT vs Selangor FA Piala Malaysia 2017

JDT vs Selangor FA Piala Malaysia 2017. Ini adalah perlawanan keenam atau timbal balik ketiga antara pasukan JDT atau Johor Darul Ta’zim vs pasukan Selangor FA dalam Piala Malaysia 2017. Berikut adalah butir-butir perlawanan tersebut:

[+] Ebook menjahit pelbagai baju

JDT vs Selangor FA Piala Malaysia 2017VS

JDT vs Selangor FA Piala Malaysia 2017

JDT vs Selangor FA Piala Malaysia 2017

Tarikh : 9hb September 2017 (Sabtu)

Masa : 8.45 Malam

Tempat : Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATU
LINK DUA
LINK TIGA
JDTTV
TV3
TV9

Keputusan perlawanan :

PASUKAN
PASUKAN
JDT ( 3 )
VS
Selangor FA ( 1 )

[+] Kerja part time dirumah DIPERLUKAN!

Perlawanan antara pasukan JDT dengan pasukan Selangor FA ini adalah perlawanan keenam atau timbal balik yang ketiga buat pasukan JDT dalam Piala Malaysia 2017. Perlawanan ini amat penting buat pasukan JDT kerana ini adalah perlawanan yang boleh diibaratkan sebagai perlawanan akhir untuk pasukan JDT. Ini disebabkan rekod pertemuan dengan pasukan Selangor tidaklah begitu baik.  Umum mengetahui yang pasukan Selangor FA telah berjaya mengalahkan pasukan JDT dalam perlawanan Liga Super 2017 dengan jaringan 2 – 1 baru-baru ini. Manakala dalam perlawanan Piala Malaysia 2017, pasukan JDT tewas juga dengan pasukan Selangor FA dengan jaringan 3 – 2. Pasukan JDT hanya berjaya mendapat seri tanpa jaringan dengan pasukan Selangor pada perlawanan diawal musim dalam Liga Super 2017. Oleh yang demikian pasukan JDT janganlah mengambil mudah dan memandang rendah kemampuan pasukan Selangor FA ini. Pastinya pasukan Selangor FA akan memantapkan barisan serangan dan pertahanan mereka dalam menghadapi pasukan JDT yang akan bertandang ke Stadium Larkin nanti dengan keyakinan mereka yang tinggi. Bagi pasukan JDT, walaupun telah memenangi kejuaraan Liga Super 2017 buat kali keempat berturut-turut, janganlah mengambil mudah pasukan Selangor FA ini. Inilah masanya barisan kejurulatihan memantapkan taktikal dan strategi yang baik bagi mengutip 3 mata berharga dan seterusnya mengalahkan pasukan Selangor FA serta mempertahankan rekod tanpa kalah Stadium Larkin ini.

Semoga perlawanan JDT vs Selangor FA Piala Malaysia 2017 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT dan dapat mengekalkan prestasi yang konsisten serta bermain bersungguh-sungguh di halaman lawan demi membuktikan yang pasukan JDT masih lagi pasukan yang masih lagi memberikan saingan yang sengit. Semoga para pemain JDT terus memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan kepada para penyokong permainan bola yang sebenar. Untuk penyokong pasukan Harimau Selatan yang hadir menyaksikan perlawanan disana nanti pula diharap dapat menjaga disiplin dan menjaga nama baik pasukan JDT serta tunjukkan pada penyokong Selangor FA yang penyokong Johor amat bertamadun mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Luaskan kuasamu Johor”

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.