JDT vs Shandong Luneng FC Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019

JDT vs Shandong Luneng FC Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019. Berikut adalah butir-butir perlawanan tersebut:

[+] Buat duit dengan Shopee

JDT vs Shandong Luneng FC Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019

VS

JDT vs Shandong Luneng FC Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019

JDT vs Shandong Luneng FC Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019

Tarikh : 24hb April 2019 (Rabu)

Masa : 8.45 Malam

Tempat : Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hasan Yunos, Larkin

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATULINK DUALINK TIGA
JDT LiveFox SportTV9

Keputusan perlawanan :

PASUKANVSPASUKAN
JDT ( 0 )TShandong Luneng FC ( 1 )

[+] Kerja part time dirumah DIPERLUKAN!

Perlawanan antara pasukan JDT dengan pasukan Shandong Luneng FC ini adalah perlawanan keempat atau pusingan kedua dalam jadual Liga Juara-Juara AFC 2019 atau ACL 2019. Untuk info, JDT diletakkan bersama-sama pasukan Kashima Antlers (Jepun), Gyeongnam FC (Korea Selatan) dan Shandong Luneng FC (China) dalam Kumpulan E.

Pada pertemuan pertama antara pasukan Shandong Luneng FC dan pasukan JDT yang lepas, pasukan Shandong Luneng FC berjaya menewaskan pasukan JDT dengan jaringan tipis 2 – 1. Walaupun tewas, keseluruhan pemain pasukan JDT mempamerkan prestasi yang membanggakan. Terutamanya penyerang muda JDT iaitu Safawi Rashid yang berjaya menjaringkan gol yang cantik.

Pastinya pasukan JDT perlu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal kerana untuk perlawanan kali ini, mereka bermain di stadium Larkin. Pada masa yang sama juga, pasukan JDT terutamanya pemain bahagian serangan iaitu Diego Luis Santo dan Gonzalo Cabrera serta pemain muda Akhyar Rashid dan Safawi Rashid perlu bekerja keras memastikan pasukan JDT dapat menjaringkan gol. Bahagian pertahanan juga haruslah diberikan perhatian untuk menghadapi serangan pasukan Shandong Luneng FC, terutamanya pemain import mereka iaitu Fellaini dan Graziano Pelle. Kali ini pasukan JDT turun dengan misi wajib menang bagi menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

Semoga perlawanan JDT vs Shandong Luneng FC Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT. Semoga para pemain JDT juga terus memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan kepada para penyokong mereka layak berada dalam pasukan JDT. Untuk penyokong pasukan Harimau Selatan yang hadir menyaksikan perlawanan disana nanti pula diharap dapat menjaga disiplin dan menjaga nama baik pasukan JDT. Tunjukkan pada penyokong Shandong Luneng FC yang penyokong JDT amat bertamadun mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Luaskan kuasamu Johor”

DON'T FORGET TO SHARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.