JDT vs Terengganu FC Liga Super 2019

JDT vs Terengganu FC Liga Super 2019. Berikut adalah butir-butir perlawanan tersebut:

[+] Cara mudah buat duit di SHOPEE

JDT vs Terengganu FC Liga Super 2019

VS

JDT vs Terengganu FC Liga Super 2019

JDT vs Terengganu FC Liga Super 2019

Tarikh : 21hb Julai 2019 (Ahad)

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATULINK DUALINK TIGA
JDT LiveTV3TV9

Keputusan perlawanan :

PASUKANVSPASUKAN
JDT ( 3 )Terengganu FC ( 3 )

[+] Kerja part time dirumah DIPERLUKAN!

Perlawanan antara pasukan JDT dengan pasukan Terengganu FC ini adalah perlawanan kedua puluh dua buat pasukan JDT dalam jadual Liga Super 2019. Ini juga adalah perlawanan terakhir Liga Super 2019 bagi musim ini. Pada pertemuan yang lepas, pasukan JDT telah diikat dengan jaringan seri 2 – 2 oleh pasukan Terengganu FC. Ini bermakna mereka bukanlah pasukan yang boleh dipandang enteng. Kedudukan mereka di tangga ke 7 dalam Liga Super 2019 bukanlah ukuran sebenar prestasi mereka. Pasti kali ini pasukan Terengganu FC akan cuba mendapatkan sekurang-kurangnya 1 mata bila bertemu di Stadium Larkin nanti.

Bahagian kejurulatihan pasukan JDT haruslah merangka strategi terbaik di bahagian pertahanan yang nampak ampuh apabila menerima serangan balas yang pantas terutamanya pemain penyerang import lawan yang pantas. Ini kerana, terdapat kekosongan di barisan pertahanan yang ditinggalkan oleh pemain JDT apabila membuat serangan dan pasti akan memberikan masalah besar nanti. Oleh itu, demi mempertahankan rekod tanpa kalah pasukan JDT di dalam Liga Super 2019 ini dan rekod tanpa kalah di Stadium Larkin, mereka mestilah memenangi perlawanan ini dan mendapat 3 mata penuh.

Semoga perlawanan antara pasukan JDT vs Terengganu FC Liga Super 2019 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT. Semoga para pemain JDT juga terus memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan kepada para penyokong mereka layak berada dalam pasukan JDT. Untuk penyokong pasukan Harimau Selatan yang hadir menyaksikan perlawanan disana nanti pula diharap dapat menjaga disiplin dan menjaga nama baik pasukan JDT. Tunjukkan pada penyokong Terengganu FC yang penyokong JDT amat bertamadun mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Luaskan kuasamu Johor”

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.