Jersi baru JDT musim 2015

Jersi baru JDT musim 2015. Ini adalah gambar jersi baru buat pasukanĀ  JDT atau Johor Darul Ta’zim yang akan digunakan bagi musim 2015. Seperti yang diketahui umum, pada 29 Disember 2014 yang lalu telah berlangsungnya Majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain JDT 2015 di Dataran Bandaraya, Johor Bahru.

Jom lihat jersi baru JDT musim 2015

Untuk musim 2015, pasukan JDT telah memperkenalkan 3 jersi baru iaitu Home Kit, Away Kit dan Alternate tajaan Nike dalam pelancaran tersebut.

jersi baru JDT musim 2015
Sumber : Fanpage Setia Johor

Untuk musim 2015 ini pihak Nike masih lagi sudi menjadi penaja jersi pasukan JDT. Dalam majlis berprestij yang telah dirasmikan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor diadakan sekali majlis penyerahan sumbangan untuk mangsa banjir di Johor dan negeri-negeri yang terlibat dengan banjir yang melanda negara ketika ini.

Semoga dengan adanya jersi baru JDT musim 2015 ini, para pemain akan lebih bersemangat dan terus berjuang demi bolasepak negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya. Kepada para penyokong pasukan Harimau Selatan, jangan lupa dapatkan jersi terbaru ini. Boleh didapati di gedung Al Ikhsan, BB Sport Sdn Bhd dan pejabat Southern Tigers dengan harga RM 189.

“Luaskan kuasamu Johor!”

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.