Jersi Johor Darul Takzim

Jersi Johor Darul Takzim

Assalamualaikum & salam sejahtera. Jersi Johor Darul Takzim akhirnya dapat juga aku miliki. Setelah sekian lama menunggu stok baru jersi  Johor Darul Takzim yang original ini sampai selama sebulan, dapat juga aku membelinya tempoh hari bersama-sama dengan rakan bloggerku hatiputera.

Untuk pengetahuan korang Jersi Johor Darul Takzim ini susah nak dapat kerana setiap hari stok jersi yang dijual di kedai yang terletak di Stadium Larkin ini tak banyak. Jika ada perlawanan yang diadakan di stadium ini pasti jersi ini habis dijual bak pisang goreng panas. Dipendekkan cerita kebetulan aku ada seminar di sebuah hotel di Johor Bahru. Lepas je seminar tu habis, aku bergegas ke Stadium Larkin untuk mendapat jersi ini. Alhamdulillah tercapai juga hajat aku ingin memiliki Jersi Johor Darul Takzim yang original.

Dengan adanya jersi ini lebih bersemangatlah aku turun ke Stadium Larkin memberikan sokongan kepda pasukan Johor Darul Takzim. Semoga pasukan Johor Darul Takzim terus berjaya didalam Liga bolasepak Malaysia. “Luaskan Kuasamu Johor”
Wassalam…peace out

P/s – Stiker kereta Johor Darul Takzim sudah dibeli 2 minggu lepas. Lepas ni nak belikan isteriku dan heroku jersi pulak.

DON'T FORGET TO SHARE --->
33 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.