Jiminez kekal sebagai ketua jurulatih JDT

Jiminez kekal sebagai ketua jurulatih JDT

Assalamualaikum & salam sejahtera. Jiminez kekal sebagai ketua jurulatih JDT. Sebelum ini terdengar desas-desus spekulasi di media sosial dan media cetak yang mengatakan ketua jurulatih pasukan JDT iaitu Cesar Ferrando Jiminez akan ditukar. Spekulasi ini semakin panas apabila beliau bakal di ganti dengan jurulatih yang berasal dari Croatia iaitu Bojan Hodak bersama-sama Serbegeth Singh yang kelihatan memakai baju T pasukan JDT ketika perlawanan JDT menentang Selangor di Stadium Larkin baru-baru ini.

Jom belajar buat roti yang lembut!

Walaubagaimanapun, spekulasi ini tidak benar kerana pihak PBNJ telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui laman rasminya Johor Southern Tigers yang mengatakan Jiminez kekal sebagai ketua jurulatih JDT. Tambahnya lagi, para pemain cukup berpuashati dengan corak latihan yang diterapkan oleh Jiminez. Jiminez juga sudah membuktikan kredibiliti beliau sebagai jurulatih dan berjaya mengemudi pasukan JDT dengan baik.

Ingin buat duit hanya duduk dirumah!

Apapun, aku dan semua penyokong pasukan JDT atau Johor Darul Ta’zim sentiasa menyokong apa jua tindakan dan sentiasa berada dibelakang pasukan JDT bagi memastikan pasukan terus cemerlang dalam musim ini. Akhir sekali dengan Jiminez kekal sebagai ketua jurulatih JDT dapat memberikan pasukan JDT mencapai impian membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

Sumber : bharian.com.my

SHARE IF YOU CARE --->
12 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.