20/03/2013
Johor Darul Takzim FC membuat rombakan
Assalamualaikum & salam sejahtera. Johor Darul Takzim FC membuat rombakan. Pasukan Johor Darul Takzim akan membuat sedikit rombakan pemainnya apabila pintu pendaftaran pemain sama ada untuk pemindahan, secara pinjaman dan dibeli dibuka pada 8 April 2013 nanti. Menurut Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), empat orang pemain dari pasukan Johor FA akan dipanggil menyertai pasukan Johor Darul Takzim bagi memperkuatkan barisan pemainnya iaitu Andre Fancisco Da Silva, Jazarin Jamaludin, Muhamad Nazri dan Mohd Farid Ramli. Manakala pemain pasukan Johor Darul Takzim yang akan berhijrah ke pasukan Johor FA ialah Mohd Faizal Mansor, Mohd Ezaidy Khadar dan K. Sathiya.
Semoga dengan penghijrahan pemain dari pasukan Johor FA ini akan memantapkan pasukan Johor Darul Takzim dan seterusnya memberikan permainan yang menarik untuk disajikan kepada penyokong setia yang tidak jemu memberikan sokongan padu.
“Luaskan kuasamu Johor”
Kredit : Johor Fan Club
23 Comments
After more than 20 years…. bergemuruh Stadium… satu family pi stadium Shah Alam… Kalah x pe… selagi Liga belum tamat… JDT masih ada lagi peluang… GO JDT GO!!!!!!!!!
betul tu, skrg ni masa utk JDT bangkit
pasti bertambah mantap la team johor lepas ni 🙂
itulah yg diharapkan, rakyat johor menatikan hasilnya..
good luck for johor all the best key
tq for your support..
salam
Penyokong setia johor fc rupanya.
orang johor kena sokong johor
go johor go go go!!!
penyokong tegar ni 😉
baru2 je ni AM, sejak pertukaran pengurusannya..
kita tgk adakah berhasil perubahan drastik ini…????
yup tak sabar nak tengok hasilnya…
Nampaknya, gosip panas sebelum ni hanyalah sekadar gosip…hihi
Pemain import kekal kan bro?
pemain import dengarnya del nero dihantar pulang…tapi tak taulah belum ada kepastian..
Pasukan yang dibarisi bintang tentu dicemburui dan mahu ditentangi habis-habisan.
betul bro semua team akan berasa bangga kalau dapat kalahkan team johor dt
Kesian Del Nero. Hehe.. Always RED GIANTS. haha
perlu kalau tak menyerlah…
dah lama tak pergi stadium tengok bola live…
sekali sekala layan bro, tapi tak bwk famililah kesian nanti kat budak2..
Support team Johor…. 🙂
yeah…suport tak kira kalah ke menang
tak sabar nanti nak tengok di stadium..