Kadar zakat fitrah negeri Johor tahun 2016M/1437H

Kadar zakat fitrah negeri Johor tahun 2016M/1437H. Bulan Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Pastinya umat Islam tidak sabar untuk menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan ini. Inilah masanya kita umat Islam untuk menambah pahala dengan beribadat serta bersedekah. Tidak dilupakan zakat fitrah yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam dalam bulan Ramadhan ini. Bagi negeri Johor, kadar zakat fitrah yang wajib dibayar bagi tahun 2016H/1437M sebagaimana ketetapan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) adalah seperti dibawah ini.

Kadar zakat fitrah negeri Johor

Kadar zakat fitrah negeri Johor

Kadar zakat fitrah ini dinilai bersamaan dengan 1 gantang beras iaitu;

  • RM 6.00 – Bagi mereka yang makan beras gred super tempatan 15% hancur (Beras Nasional)
  • RM 8.00 – Bagi mereka yang makan beras selain gred super tempatan 15% hancur (Beras Nasional)

Oleh yang demikian, kepada umat Islam khususnya rakyat negeri Johor janganlah lupa membayar zakat fitrah yang telah ditetapkan agar kita mendapat keberkatan di bulan Ramadhan untuk tahun ini.

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.