Karnival Sukan Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor

Karnival Sukan Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor. Satu Karnival Sukan Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor telah diadakan di daerah Pontian baru-baru ini  Ada pelbagai jenis sukan yang diadakan iaitu Futsal, Ping pong, Karom, Dart dan Dam Haji. Karnival sukan ini telah diadakan sejak 17 November 2012 – 25 November 2012.

Aku juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam memeriahkan karnival sukan ini (padahal terpaksa masuk arahan Big Boss). Futsal adalah sukan yang telah aku sertai. Pertandingan ini telah diadakan di Gelanggang Futsal di Tambak Pontian. Pertandingan ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga ke 6.00 petang.
Terdapat 12 pasukan yang bertanding yang telah dibahagikan kepada 2 group iaitu Group A dan Group B.
Pasukan aku berada dalam Group B.

Sungguhpun pasukan aku kalah di peringkat kumpulan, tapi sekurang-kurang kami tidak kalah dengan jaringan besar. Pasukan aku ada juga menang 2 dalam 5 perlawanan. Jadilah daripada tak menang langsung.
Biasalah kalau dah lama tak bersukan. Yang penting kat sini, tujuan utama aku menyertai Karnival Sukan Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor adalah untuk kesihatan dan merapatkan silaturahim antara sesama manusia. Kalah menang belakang kira…. Akhir kata “Majulah sukan untuk negara”

Wassalam……..peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->
18 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.