Kasut baru Azeeq

kasut baru Azeeq

Assalamualaikum & salam sejahtera. Kasut baru Azeeq. Baru-baru ini aku dan isteri telah membelikan heroku yang ke 3 kasutnya yang baru. Bukan main gembira bila dia memakai kasut barunya itu. Korang boleh nampak reaksinyakan. Tak menyempat nak pakai kat luar rumah.

Tips keselamatan khas untuk wanita

Sebelum ini Azeeq hanya memakai kasut abang-abangnya sahaja. Tetapi kali ini isteriku ingin membelikannya kasut yang baru. Asyik abang-abangnya saja dapat yang baru. Kali ini giliran Azeeq pula. Bukannya mahal pun. Aku beli semasa singgah di Bazar Karat di Johor Bahru. Kalau tak tahu kat mana boleh check kat google. Sekali sekala manjakan dia, apa salahnya.

kasut baru Azeeq

Memang inilah ragam bila ada keluarga besar macam aku. Tak boleh nak lebihkan sesiapa. Kena bersikap adil kepada semua anak-anakku. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Sebagai ibu bapa kita mestilah memainkan peranan dalam hal ini. Anak yang kecil ibarat kain putih, kitalah yang menentukan coraknya. Jadikanlah diri kita sebagai contoh yang baik kepada anak kita kerana pelajaran yang pertama mereka terima adalah dari ibu bapanya sendiri.

Ingin beli rumah tanpa modal?

Kepada mereka yang masih berusaha ingin mendapatkan cahaya mata boleh mencuba panduan ini disini. Kalau sudah berusaha dan rajin berdoa kepada-Nya Inshaa Allah pasti akan ada hasilnya. Wassalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->
16 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.