Kasut baru sudah ditukar

Kasut baru sudah ditukar
 Sebelum ditukar

Assalamualaikum & salam sejahtera. Kasut baru sudah ditukar. Akhirnya setelah menghempas pulas mengumpul duit dari pelbagai sumber sama ada offline mahupun online, dapat kereta aku menukar kasutnya yang baru. Tukar tayar baru daa.

Kasut baru sudah ditukar
Selepas ditukar

Dah lama sebenarnya tayar kereta aku ni nak kena tukar, tapi ditangguhkan atas sebab kekurangan modal. Lagipun usia tayar tu dah lama sangat. Dah hampir 4 tahun. Memang tak elok sebenarnya kita gunakan tayar yang sudah lama. Ini kerana walaupun bunga tayarnya masih tebal, tapi kualiti getahnya menjadi semakin keras. Bila bunga tayar dah keras, maka kuranglah cengkamannya di jalan raya. Amat merbahaya untuk pemanduan terutamanya ketika hujan. Jadi kenalah tukar tayar yang baru. Keselamatan perlu diutamakan.

Disini juga aku nak kongsikan sedikit tips penjagaan tayar kereta yang aku amalkan. Antaranya :-

  • Tayar kereta akan tahan lebih lama jika kita memandu dengan penuh berhemah. Cara pemanduan yang kasar akan merosakkan bunga tayar.
  • Tekanan angin tayar mestilah sesuai dengan saiz tayar dan berat kereta. Contohnya untuk kereta aku, tekanan angin yang sesuai ialah 29 psi. Tekanan angin yang betul juga dapat mengelakkan bunga tayar cepat haus dan menjimatkan penggunaan petrol. 20% kekurangan angin akan menyebabkan 15% jangka hayat tayar akan berkurang.
  • Rajinlah membawa kereta korang ke pusat servis tayar untuk alignment dan balancing jika korang rasa ada masalah dari segi pemanduan ataupu tayar korang kehausan bunganya tak rata.

Okaylah itu sahaja tips yang aku tau. Kalau ada lagi tips nanti akan aku kongsikan. Wassalam…peace out.

P/s – Alamak sekarang ni tayar dah semakin mahal.

SHARE IF YOU CARE --->
57 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.