Kata-kata semangat TMJ kepada pemain bolasepak Sukan SEA 2017

Kata-kata semangat TMJ kepada pemain bolasepak Sukan SEA 2017. Tamat sudah perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di antara pasukan Malaysia menentang pasukan Thailand bagi merebut ibu segala pingat emas Sukan SEA dimana ianya dimenangi oleh pasukan Thailand dengan jaringan tipis 1 – 0. Manakala pasukan Malaysia hanya memenangi pingat perak.

Kata-kata semangat TMJ kepada pasukan bolasepak Sukan SEA 2017

Walaupun tewas dengan pasukan kuat dan pilihan seperti Thailand, pasukan bolasepak Sukan SEA 2017 bimbingan Dato Ong Kim Swee ini memang boleh dibanggakan kerana inilah pasukan baru yang dibentuk dalam beberapa bulan sahaja serta kebanyakan pemain merupakan kali pertama menyarung jersi negara. Prestasi mereka memang terbaik kerana mereka telah menang dalam semua perlawanan di peringkat sehinggalah ke peringkat separuh akhir. Cuma bila di perlawanan akhir pasukan bolasepak Sukan SEA 2017 ini mungkin berasa sedikit tekanan bermain di laman sendiri serta kurang berpengalaman dalam perlawanan penting seperti ini.

Apa-apa pun kata-kata semangat TMJ kepada pasukan bolasepak Sukan SEA 2017 ini pastinya akan menaikkan kembali semangat para pemain serta melupakan kekecewaan ini. Pasukan yang masih muda ini masih jauh lagi perjalanannya dan dengan berkat doa serta latihan yang sempurna, tidak mustahil yang pasukan bolasepak Sukan SEA 2017 ini akan mengecap kejayaan di masa akan datang nanti.

Biarpun sesetengah pihak mengecam dan memperlekehkan pasukan bolasepak Sukan SEA 2017 bimbingan Dato Ong Kim Swee ini terutamanya kepada penjaga gol iaitu Haziq Nadzli di atas kekalahan kepada pasukan Thailand ini tetapi Presiden FAM iaitu DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tetap memberikan kata-kata semangat kepada para pemain bolasepak Sukan SEA 2017 ini. Antaranya ialah “Semua yang berada di dalam bilik ini bukan memalukan negara”, “Anda masih muda dan perjalanan anda masih jauh lagi”, “Satu perkataan untuk anda semua, terima kasih” dan “Saya bangga dengan anda semua”.

Semoga dengan kata-kata semangat TMJ kepada pemain bolasepak Sukan SEA 2017 ini akan menaikkan motivasi para pemain seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan berjaya melakar kejayaan di dalam perlawanan di masa hadapan. Jom kita lihat video yang memaparkan kata-kata semangat TMJ kepada pemain bolasepak Sukan SEA 2017 di bawah ini.

SHARE IF YOU CARE --->
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.