Kedah FA vs JDT Liga Super 2019

Kedah FA vs JDT Liga Super 2019. Berikut adalah butir-butir perlawanan tersebut:

[+] Cara buat duit di Shoppee

Kedah FA vs JDT Liga Super 2019

VS

Kedah FA vs JDT Liga Super 2019

Kedah FA vs JDT Liga Super 2019

Tarikh : 29hb Mac 2019 (Jumaat)

Masa : 8.45 Malam

Tempat : Stadium Darul Aman

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATULINK DUALINK TIGA
JDT LiveTV3TV9

Keputusan perlawanan :

PASUKANVSPASUKAN
Kedah FA ( 1 )TJDT ( 1 )

[+] Kerja part time dirumah DIPERLUKAN!

Perlawanan antara pasukan JDT dengan pasukan Kedah FA ini adalah perlawanan ketujuh buat pasukan JDT dalam jadual Liga Super 2019. Untuk info, pasukan-pasukan lain dapat berehat sehingga 3 minggu sebelum jadual Liga super 2019 disambung semula demi memberi laluan para pemain yang sedang berkhidmat untuk pasukan Harimau Malaya.

Walaupun jadual pasukan JDT amatlah padat termasuklah perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019, berbanding pasukan lain di dalam Liga Super 2019. Namun pasukan JDT tidaklah boleh menjadikan kepadatan jadual sebagai alasan. Ini kerana, dengan kemenangan sahaja dapat memperkukuhkan penguasaan pasukan JDT di tangga teratas Liga Super 2019.

Prestasi pasukan Kedah FA kini boleh dikatakan berada di tahap yang terbaik. Kini mereka menghuni di tangga ketiga Liga Super 2019 dibelakang pasukan Pahang FA. Pastinya mereka akan bermain bermati-matian bagi menewaskan pasukan JDT, lebih-lebih lagi bermain di halaman sendiri. Bahagian kejurulatihan pasukan JDT haruslah merangka strategi terbaik seperti penggiliran pemain bagi mengelakkan para pemain keletihan dan perubahan taktikal yang sesuai. Oleh yang demikian, perlawanan yang berkualiti dapat dipamerkan oleh kedua-dua pasukan itu nanti terutamanya pasukan JDT.

Semoga perlawanan antara pasukan Kedah FA vs JDT Liga Super 2019 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT. Semoga para pemain JDT juga terus memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan kepada para penyokong mereka layak berada dalam pasukan JDT. Untuk penyokong pasukan Harimau Selatan yang hadir menyaksikan perlawanan disana nanti pula diharap dapat menjaga disiplin dan menjaga nama baik pasukan JDT. Tunjukkan pada penyokong Kedah FA yang penyokong JDT amat bertamadun mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Luaskan kuasamu Johor”

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.