Kelebihan pokok Kantan

Kelebihan pokok Kantan

Kelebihan pokok Kantan. Pokok Kantan merupakan sejenis tumbuhan herba ataupun liar. Pokok Kantan banyak kelebihannya selain digunakan untuk masakan ianya boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan untuk tujuan lanskap. Diantara kelebihan pokok Kantan ini ialah :-

  • Batang – mengubati penyakit bengkak-bengkak / buat mandian bayi kuning
  • Daun – boleh merawat luka kecil
  • Bunga – bahan gubahan jambak-jambak bunga / digunakan dalam bahan masakan
  • Biji – mengubati sakit telinga / menghilangkan sakit tekak

Pokok Kantan ini selalunya aku gunakan dibahagian bunganya dan batangnya. Bahagian bunganya aku gunakan didalam masakan seperti Asam Pedas, Laksa Penang ataupun Laksa Johor, Tomyam dan macam-macam lagi.

Bahagian batangnya pula aku selalu gunakan sebagai petua ketika hero-heroku masih bayi untuk tujuan mandian sebaik sahaja mereka keluar dari hospital bagi mengurangkan simptom penyakit kuning atau menurunkan kuning bayi.

Caranya adalah seperti berikut;

  • Ambil beberapa batang pokok Kantan dan ukur mengikut panjang atau tinggi bayi anda
  • Selepas itu potong batang Kantan tersebut kepada beberapa banyak yang diperlukan untuk stok anda
  • Kemudian ambil 2 atau 3 batang yang telah dipotong dan rebus di dalam periuk.
  • Setelah mendidih, boleh ambil sedikit air rebusan tersebut dan campurkan di dalam air mandian bayi anda
  • Jika air rebusan ini sudah semakin jernih, ambil batang Kantan yang baru dan buatlah air rebusan yang baru
  • Buatlah air mandian campuran air rebusan batang Kantan ini sehingga anda berpuashati yang kuning bayi anda hilang.

Petua ini aku dapat dari pakcik dan makcikku di kampung. Alhamdulillah petua ini serasi dengan hero-heroku. Penyakit kuning mereka cepat hilang dalam masa beberapa hari sahaja. Malah ibu yang dalam berpantang pun boleh mengamalkan air mandian ini dengan mencampurkan daun-daun herba yang lain untuk menghilangkan keletihan selepas bersalin.

Jadi aku mengambil keputusan menanam pokok Kantan ini di kawasan rumah untuk kemudahan akan datang. Kelebihan pokok Kantan ini memang tidak boleh disangkal lagi.

Dikesempatan ini aku ingin kongsikan satu panduan untuk ibubapa dimana mereka yang inginkan anal-anak mereka menjadi pintar dan cerdas bermula dari umur 3 tahun lagi. Panduan berbentuk “Ebook” ini dinamakan ‘Anak Pintar Cerdas’. 

Boleh dikatakan, hampir semua ibu-bapa inginkan anak mereka menjadi anak yang pintar dan cerdas. Namun, seringkali, tanggungjawab untuk mendidik anak itu, diserahkan bulat-bulat kepada pihak penjaga, nursery, guru tadika dan kadangkala ada juga yang menyerahkannya kepada orang gaji.

Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi. Di dalam “Ebook” ini banyak info-info yang dapat ibubapa dapat pratikkan bagi mendidik anak mereka.

Oleh yang demikian, dapatkan segera “Ebook” ini. Sila buat pembelian anda disini;

DON'T FORGET TO SHARE --->
35 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.