Kemaskini BR1M 2015

kemaskini br1m 2015

Kemaskini BR1M 2015. Ini ada satu maklumat penting buat pemohon BR1M 2015. Setiap pemohon dikehendaki membuat pendaftaran dan kemaskini maklumat permohonan bermula dari 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014.

Antara maklumat yang perlu pemohon lakukan adalah :

  • Mengemaskini maklumat pasangan dan tanggungannya
  • Mengemaskini alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat
  • Mengemaskini maklumat bank pemohon. Untuk makluman, pembayaran BR1M 2015 akan dibayar 3 kali setahun. Jesteru itu pemohon dinasihatkan agar dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank pemohon.
  • Untuk makluman, penerima BR1M 2015 dibawah kategori Isi rumah adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu, pemohon dibawah kategori ini diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.

Oleh yang demikian, pemohon bolehlah mengemaskini maklumat bermula dari 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 melalui laman rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di;

[+] https://ebr1m.hasil.gov.my

Atau menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau di UTC LHDNM.

Kegagalan pemohon mengemaskini maklumat diatas akan menyebabkan permohonan anda tidak diproses. Jika ada sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kemaskini BR1M 2015, sila hubungi talian sperti tertera di bawah :

  • LHDNM – 1-800-88-2716
  • KKM – 03-8882 4565/4566

Update terkini – Kemaskini BR1M 2015 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015.

SHARE IF YOU CARE --->
10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.