Kemaskini permohonan BR1M 2016

Kemaskini permohonan BR1M 2016. Ini ada satu perkongsian penting buat pemohon BR1M 2016 sebagaimana permohonan BR1M 2015. Setiap pemohon dikehendaki membuat pendaftaran dan kemaskini maklumat permohonan bermula dari 1 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015. Bagi tahun 2016 pula, satu kategori baru telah diwujudkan iaitu bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM 1,050 untuk penerima yang berada dalam program e-Kasih.

Kemaskini permohonan BR1M

Jadual kategori bayaran BR1M 2016

Berikut adalah jadual di bawah merupakan bayaran BR1M 2016 mengikut kategori :

  • Kategori Bujang

Berumur 21 dan ke atas, berpendapatan tidak melebihi RM 2,000 akan menerima RM 400.

# Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016 bagi kategori Bujang.

  • Kategori Isi Rumah
  • Berkahwin, duda atau janda dan warga emas (60 tahun ke atas) yang mempunyai tangungan keluarga dan berpendapatan kurang dari RM 3,000 akan menerima RM 1,000.
  • Berkahwin, duda atau janda dan warga emas (60 tahun ke atas) yang mempunyai tangungan keluarga dan berpendapatan dari RM 3,001 hingga RM 4,000 akan menerima RM 800.

# Kategori isi rumah dan warga emas layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM 1,000, berkuat kuasa selama setahun.

  • Kategori e-Kasih

Berkahwin, duda atau janda dan warga emas (60 tahun ke atas) yang mempunyai tangungan keluarga dan berpendapatan kurang dari RM 1,000 ke bawah akan menerima RM 1,050.

# Untuk layak menerima bantuan bagi kategori e-kasih, penerima MESTI berada dalam pangkalan data senarai e-Kasih (Data Kemiskinan Nasional).

Antara perkara penting yang perlu pemohon lakukan adalah :

  • Mengemaskini maklumat pasangan dan tanggungannya.
  • Mengemaskini alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat.
  • Mengemaskini maklumat bank pemohon. Untuk makluman, pembayaran BR1M 2016 akan dibayar 3 kali setahun kecuali kategori bujang. Justeru itu pemohon dinasihatkan agar dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank pemohon.

Oleh yang demikian, pemohon bolehlah kemaskini permohonan BR1M 2016 bermula dari 1 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015 melalui laman rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di;

[+] https://ebr1m.hasil.gov.my

Atau menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau di UTC LHDNM.

Kegagalan pemohon mengemaskini maklumat diatas akan menyebabkan permohonan anda tidak diproses. Jika ada sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kemaskini permohonan BR1M 2016, sila hubungi talian seperti tertera di bawah :

  • LHDNM – 1-800-88-2716
  • KKM – 03-8882 4565/4566
  • Emel – br1m@treasury.gov.my

# Jika ada sebarang perubahan, akan diupdate kemudian.

# Kemaskini boleh dilakukan pada 5 Disember 2015 ini sehingga diberitahu kelak.

SHARE IF YOU CARE --->
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.