Kereta baru Azeeq

Kereta baru AzeeqAssalamualaikum & salam sejahtera. Kereta baru Azeeq. Lihatlah betapa gembiranya heroku Azeeq apabila menaiki kereta kesayangan. Kereta yang aku belikan ini merupakan kereta tolak pertama buat anakku dan ini pada fikiran aku adalah permainan yang sesuai berdasarkan usianya yang setahun lebih itu. Sebelum ini, Azeeq hanya bermain kereta kepunyaan abangnya yang sudah berusia 5 tahun lamanya. Setelah kereta itu rosak baru-baru ni, maka aku terfikir untuk membelikan kereta khas buat heroku Azeeq.

20 sen yang tak ternilai

Untuk pengetahuan korang, kereta ini dipilih oleh heroku Azeeq sendiri. Semasa membelek-belek sekitar kedai menjual basikal itu bersamanya, dia terus terpandang kereta tolak ini dan terus menaikinya. Puas juga aku memujuknya untuk turun dari kereta tersebut sekaligus tuan kedai dapat memeriksa keadaan kereta tersebut sebelum  berpindah tangan kepadaku. Sampaikan didalam kereta aku pun, si Azeeq ni tak juga turun dari keretanya. Inilah karenah heroku Azeeq kalau korang nak tau. Boleh tahan keras hatinya.

Fakta mengenai rokok haram

Apa-apa pun hatiku gembira dapat melihatnya tersenyum sepanjang masa menaiki keretanya itu. Sebagai bapa, senyumannya itu ibarat panadol yang dapat menghilangkan sakit kepala. Semoga heroku Azeeq dapat menjaga aset terbarunya dengan baik. Wassalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->
27 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.