Khaleeda Huraiyah sudah genap 8 bulan

Khaleeda Huraiyah sudah 8 bulan

Assalamualaikum & salam sejahtera. Khaleeda Huraiyah sudah genap 8 bulan. Lama rasanya aku tak update entri dalam blog ini. Kesibukan kerja dan kesihatan yang terganggu sedikit sebanyak merencatkan perjalanan blog Hairulafiz.com ini. Entri aku kali ini hanyalah berkisar perkembangan anak bongsu aku iaitu Khaleeda Huraiyah yang merupakan anak perempuan tunggal dari 4 orang adik beradik.

Petua dan tips untuk mudah hamil!

Pada 20 April 2014 yang lepas genaplah umur Yaya (panggilan manja) 8 bulan. Kali ini perkembangan tumbesaran anakku ini adalah berbeza dari abang-abangnya yang lain. Berbeza kerana lebih cepat. Semasa berumur 7 bulan sudah tumbuh 2 batang gigi dibawah dan sudah pandai merangkak. Sekarang ini, Yaya sudah pandai berdiri sambil cuba melepaskan tangannya. Mungkin sebelum genap setahun sudah pandai berjalan agaknya.

Buat part time hanya duduk di rumah!

Apa-apa pun aku bersyukur yang aku telah dikurniakan dengan harta yang tak ternilai ini. Semoga mereka membesar dengan sihat dan normal. Harapan aku sebagai bapa adalah anak-anakku ini menjadi anak yang soleh dan solehah serta taat kepada Allah S.W.T dan kedua ibu bapanya kelak. Amin

DON'T FORGET TO SHARE --->
8 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.