Assalamualaikum & salam sejahtera. Kisah Bojan Hodak dan perlawanan amal. Disini aku nak kongsikan 2 kisah menarik dalam arena bola sepak negeri Johor Darul Ta’zim. Kisah pertama ialah kisah Bojan Hodak. Sebelum ini ada spekulasi yang mengatakan Bojan Hodak akan menjadi jurulatih menggantikan ketua jurulatih iaitu Jiminez dalam pasukan JDT.
Ingin belajar jahit baju melayu Johor!
Spekulasi ini semakin panas apabila, kehadiran Bojan Hodak dalam sesi latihan pasukan JDT di Padang Seri Gelam baru-baru ini. Menurut dari sumber yang dipercayai, Bojan Hodak sah menjadi jurulatih kepada pasukan JDT manakala Jiminez masih kekal menjadi ketua jurulatih pasukan JDT. Apa pun jika perkara ini disahkan maka pasukan JDT akan mendapat tunjuk ajar dari 2 jurulatih yang pakar dan berpengalaman. Semoga misi menjulang sekurang-kurangnya satu piala dan layak ke Piala AFC tahun depan dapat dicapai.
Doa-doa untuk mudah hamil!
Kisah yang ke 2 pula ialah perlawanan amal antara pilihan TMJ vs pilihan PBNJ. Satu perlawanan amal antara pasukan pilihan TMJ yang akan menentang pasukan pilihan PBNJ akan diadakan bagi mengutip derma untuk rumah-rumah anak yatim yang berada di dalam negeri Johor Darul Ta’zim. Butir-butir perlawanan tersebut adalah seperti berikut :-
Perlawanan amal pilihan TMJ vs pilihan PBNJ
Tarikh : 26 Februari 2014 (Rabu)
Masa : 8.45 Malam
Tempat : Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin
Harga Tiket : Open – RM5
Grandstand – RM15
(pemegang Season Pass boleh guna pass masing-masing)
Keputusan perlawanan :
Ingin tahu teknik-teknik SEO!
Difahamkan Presiden PBNJ iaitu DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mencemar duli beraksi dalam perlawanan ini. Jadi kepada penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim atau JDT, khasnya yang berada di sekitar Johor Bahru jangan lupa hadir dan menyaksikan perlawanan bola sepak sambil menderma.
“Luaskan kuasamu Johor”
Sumber : johorsoutherntigers.com.my
P/s – Terkini Bojan Hodak sah dilantik sebagai pengurus pasukan JDT. Manakala Jiminez kekal sebagai ketua jurulatih JDT – sumber PBNJ
hodak memang bagus
suka dengan cara beliau susun pasukan kelantan musim lepas
Pengalaman beliau yg jdt perlukan..
pergh mesti ramai yang pergi nih
Ramai kot, tiketnya murah je..
Semoga semakin kemas dan mantap lagi JDT..hehe
harap apa yg dirancang menjadi…
all the best 🙂
tq…sokongan amat diperlukan..
ha ah ada tengok kat berita tadi tentang hodak jadi pengurus pasukan JDT..good luck kepada JDT semoga terus berjaya 🙂
Semoga impian menjadi kenyataan
yang penting perlawanan ni, derma untuk tabung anak-anak yatim.
harap makin mantap lagi JDT.
Ya, yg susah jangan dilupakan
semoga terus maju dan berjaya hendaknya. yeah!
itulah harapan kami..
AMIN! smoga dapat piala tu tercapai. 🙂
amin, sama2lah kita berdoa
Apapun, perkembangan menarik dalam kem Harimau Selatan. Terbaiklah!
memang menarik demi kemajuan bola sepak negeri johor