Koleksi Baju Kurung

 Koleksi Baju Kurung
Assalamualaikum & salam sejahtera. Koleksi Baju Kurung. Ini adalah sebahagian koleksi baju kurung yang dijahit oleh isteriku. Baju kurung dijahit untuk dipakai pada hari raya Aidilfitri yang lepas. Kebetulan pada masa tu dia pun belum bekerja lagi. Jadi masa yang terluang dia digunakan untuk menjahit baju kurungnya sendiri. sambil menjaga anak.

Masa yang diambil untuk menyiapkan baju kurung ini pun agak lama juga kerana tanggungjawabnya sebagai surirumah tidak diabaikan. Selain menjahit baju kurungnya, isteriku sempat menjahit baju melayu untuk aku dan hero-heroku. Dapatlah juga berjimat sikit dan menambah duit poket isteriku.

Untuk tahun ini pula, walaupun isteriku sudah bekerja baju kurungnya tetap akan dijahit sendiri. Tak lupa juga baju untuk hero-heroku juga. Untuk refresh kembali teknik-teknik jahitan panduan baju kurung digunakan untuk rujukan. Jadi tunggulah koleksi aku sekeluarga nanti bila bajunya dah siap.

Bagi mereka yang ingin menjahit sendiri baju kurung tetapi dah lupa cara-caranya boleh dapatkan disini. Jika masih ragu-ragu apakah yang terkandung di dalam panduan baju kurung ini boleh klik link dibawah untuk rujukan anda. Bila dah ada panduan ini nanti boleh belajar menjahit sendiri nanti. Satu tips yang boleh diberi ialah bila mula nak belajar tu gunakan kain yang murah dan yang senang dipotong seperti kain cotton. Selamat mencuba dan menjahit diucapkan.

[+] LINK – PANDUAN MENJAHIT BAJU KURUNG

SHARE IF YOU CARE --->
33 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.