Assalamualaikum & salam sejahtera. Kopi di pagi Isnin. Maklumlah hari Isnin kadang-kadang mood kerja belum datang lagi. Tambahan pula dengan mata yang mengantuk, jadi pekena kopi di pagi Isnin memang menyegarkan mata. Bila mata dah segar barulah mood kerja datang. Inilah menu sarapan pagi yang biasa aku makan pada hari Isnin iaitu secawan kopi dan sepinggan jemput-jemput (gambar tak sempat ambil pasal dah lapar sangat).
Lepas dah pekena kopi di pagi Isnin, baru bersemangat nak memulakan kerja. Semoga rezeki yang aku terima pada hari ini diberkati Allah. Selamat memulakan kerja di pagi Isnin…
Wassalam…peace out.
Aku rasa kopi ni benda wajib kot untuk student cam aku, sebab satu yela untuk elak mengantuk. Kedua dia bagi boost dekat brain sebab ada stimulator otak, dia naikkan aliran darah dan fokus. Kalau jenis pergi gym biasa minum kopi bagus sebab dapat buat kita lagi fokus.
Tengok cawan pun dah layan dah tu bro…
terasa berada di zaman dulu hihihi
cantik la cawan tu..
sy pun dah belajar2 minum kopi skang ni..hehe
ni cawan kedai kopitiam, memang cantik dan klasik kan…
puteri pun kalau mengantuk..mesti akan layan kopi. Baru rasa segar untuk mulakan kerja 🙂
hilang ngantuk kita kan PK
ha ah betul tu bro..terus ilang ngantuk 🙂
Selamat minum pagi bro dan selamat memulakan kerja minggu in dengan sukses
same to you bro, selamat memulakan tugas di tempat baru
mesti pekat kaw kopi ni kan..
pekat melekat pahitnya bro…
kopi jer der ubi rebusnya mana haha
yang ni kita layan dgn jemput2..
wow bestnya dapat pekena kopi kaww sebelum masuk keje, gerenti segar mata
nak buang ngantuk di pagi isnin…
pagi-pagi dah layan kopi. terbaek
bagi segar sikit biji mata..
Dengar sebelah Johor terkenal dengan kopi Kluang.
betul kalau belah johor tengah memang kopi kluang, tapi kalau johor utara, kopi muar terkenal…
klu umh bro tak der kopi sllu bikin minuma apa?
biasanya kopi tak putus bekalan kat umah, tapi sekali sekala layan teh boh sedap juga..
kat rumah aku pula, nescafe je memanjang
sesekali ada la juga anak bujang aku bancuh teh o
tak putus bekalan. hehe. yang itu kelakar sikit. kafein bagus jugak untuk kesihatan. 🙂 tapi tak boleh sekalu la takut overdose lak tahap kafein dalam badan.
salam, si dia suka kopi hee klu dh hais layan teh o ..tpis y tak blh sgt minum mudah skit kpla.tpi eh klu dia nak pi keje cpt2 tgok dlm cawan msiha da baki kopi lagi.saya jeling2 je kopi kt atas meja . bila dh 5 kli ulang alik dari ekdapur mesti tempuh meja makan. last2. sy belasah gak secawan kopi si dia tuh.haaa
pastu nyesal sb terminum..tergoda…
slmt hri isnin
sekali sekala minum tak pe suri..
tuuuuu diaaaa… cerita kedai kopi!! layan jugak kopi pagi2 nih.. perrghhh!!!
layan bro, minum kat kedai ni lain rasanya hihihi
layan abisss…
Bukan Lu pakai gelas ke tadi bro…hehehe
ni gambar yg lepas2…
Macam bapa saudara akak je, wajib ada kopi kat rumah. Dua teko, satu kopi satu teh….huhu….kakpb tak minum kopi, pahit la.
saya pun tak suka sgt kopi pahit, sederhana je pahitnya..