Kriteria Suami Idaman

Aku terbaca paper Berita Harian bertarikh 2.10.2012 yang bertajuk kriteria suami idaman. Antara petikannya ialah :

Seorang suami mempunyai peranan dan tanggungjawab cukup besar. Bukan sahaja setakat menyediakan keperluan bebentuk fizikal seperti rumah yang selesa, perkakasan menarik atau memenuhi makan minum yang mencukupi.

Aspek ini hanya sebahagian daripada elemen tanggungjawab suami kerana masih banyak lagi yang perlu diteliti dan diambil berat oleh seorang suami kepada isteri dan anaknya.

Dalam membentuk rumahtangga yang harmoni suami perlulah memainkan peranan sebagai nakhoda yang menampilkan sifat kepimpinan terbaik. Kita boleh ikuti beberapa pesanan Rasulullah S.A.W kepada suami dalam usaha mencorak dan mewarnakan suasana rumahtangga yang aman dan bahagia.

Semoga aku tergolong didalam kelompok suami idaman………….amin

DON'T FORGET TO SHARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.