Lokasi Kamera AES

“Dengan mengetahui lokasi pemasangan kamera AES, pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati dalam mereka memandu mengikut undang-undang.
Ini juga dapat mengurangkan jumlah kematian serta objektif kami adalah untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya tercapai dan bukannya bagi memberikan kuasa lebih besar kepada JPJ mengeluarkan saman,”
Katanya papan tanda di setiap lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak 2 hingga 3 kilometer sebelum lokasi kamera berkenaan.
Dalam pada itu bagi lokasi kamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, ia akan diletakkan antara 50 sehingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.
Solah berkata imej yang akan dirakam kamera AES dihantar secara automatik ke pusat kawalan AES dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut akan direkodkan dalam pangkalan data JPJ, sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit.

Menurut Solah proses semakan mengenal pasti kesalahan serta pengeluaran notis saman akan dibuat oleh pegawai JPJ terlatih yang ditempatkan di pusat kawalan AES.

“Jika imej yang ditangkap melalui kamera tidak sepadan dengan nombor pendaftaran kenderaan dalam pangkalan data JPJ, maka siasatan lanjut akan dijalankan. Ini adalah untuk memastikan saman yang dikeluarkan mengikut undang-undang serta dapat mengelakkan saman kepada pihak yang tidak bersalah,”
Jelas beliau notis saman yang telah diproses akan dihantar kepada pemilik kenderaan dalam tempoh 5 hari daripada tarikh kesalahan dan imej kenderaan yang dirakamkan.
“Bagaimanapun, jika pemilik berdaftar bukan pemandu kenderaan tersebut sewaktu kesalahan direkodkan, mereka boleh mengemukakan butiran pemandu berkenaan kepada JPJ setelah tempoh 30 hari daripada tarikh menerima notis saman mereka.

Katanya untuk kesalahan yang direkodkan di Perak, pemandu yang menerima notis saman AES boleh menghubungi pusat kawalan AES menerusi talian 03-78464400, manakala kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya serta Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi talian 03-7628 8268.

DON'T FORGET TO SHARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.