Majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain JDT 2015

Majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain JDT 2015. Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan mengadakan satu majlis perasmian jersi dan memperkenalkan barisan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim atau JDT untuk musim 2015. Berikut adalah sedikit info mengenai majlis tersebut.

Pelancaran jersi dan pengenalan pemain JDT 2015
Sumber : johorsoutherntigers.com.my

Majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain JDT 2015 ini telah mendapat perkenan dan akan dirasmikan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ.

Majlis pelancaran jersi ini turut dimeriahkan dengan kehadiran artis terkenal kelahiran Johor iaitu Joe Flizzow, Tam Spider dan kumpulan Hyper Act yang akan menghiburkan para pengunjung yang hadir. Para penyokong pasukan Harimau Selatan adalah dijemput hadir pada tarikh tersebut untuk turut sama memeriahkan majlis dan menyaksikan secara langsung majlis memperkenalkan secara rasmi barisan pemain-pemain pasukan bola sepak dibawah naungan PBNJ.

Ayuh para penyokong semua, pastikan anda juga terlibat dalam detik bersejarah ini dan berpeluang mendapatkan STOK TERHAD jersi musim 2015 yang hanya akan dijual di booth Southern Tigers pada malam tersebut. Mari kita bersama-sama memeriahkan majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain JDT 2015 ini.

“Luaskan Kuasamu Johor!”

P/s – Majlis penyampaian derma kepada mangsa banjir akan diadakan sekali pada hari tersebut. Harap maklum

SHARE IF YOU CARE --->
4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.