Makan malam di hujung minggu

Makan malam di hujung minggu

Assalamualaikum & salam sejahtera. Makan malam di hujung minggu. Semalam selepas pulang dari rumah mentua aku di Kota Tinggi, aku sempat singgah di Aeon Tebrau City membawa hero-heroku berjalan-jalan. Tu pun kerana hero-heroku selepas memujuk heroku terutamanya Anaqie dan Aiman merajuk kalau tak bawa diorang jalan-jalan. Takpelah awal lagi kata isteriku, jadi ke Aeon Tebrau Citylah destinasi dituju.

Selepas puas berjalan-jalan dan melayan hero-heroku dengan aktiviti kegemarannya, perut pun terasa lapar, jadi aku dan famili singgah di The Chicken Rice Shop untuk mengalas perut. Untuk famili macam aku ni, aku order menu pakej  untuk 3 orang makan. Berbaloi juga pakej ni, kenyang perut kami sekeluarga.

Makan malam di hujung minggu

Ini pakej menu untuk 3 orang yang aku katakan, penuh juga meja makan kami ni. Harga untuk pakej ni pun taklah mahal sangat, tapi tak bolehlah makan selalu nanti poket bocor. Selepas kenyang hero-heroku terus memujuk untuk dibelikan permainan di Toy ‘R’ Us dibawah. Macam diorang dah tau yang mummy diorang ada rezeki lebih. Lagipun dah lama juga aku tak belikan permainan untuk diorang ni. Takpelah sekali sekala manjakan anak, apa salahnya. Jadi nantikan di entri yang akan datang untuk mengetahui apakah permainan yang dibeli untuk hero-heroku ini. Wassalam…peace out.

DON'T FORGET TO SHARE --->

35 Replies to “Makan malam di hujung minggu

  1. Wah chicken rice, KM sekarang kalau nak pekena chicken rice shop nie kono poie Seremban coz kedai yang buka kat Giant Lukut dah tutup. Kurang sambutan. Kata ehlah…

  2. Dah lama tak makan dekat Chicken Rice Shop ni. Setakat ni masih lagi berpuas hati dengan menu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.