Makan Malam di Medan Selera Sabak Awor

Assalamualaikum & salam sejahtera. Makan malam di Medan Selera Sabak Awor, Muar bersama familiku. Sempena kepulangan aku kampung pada hujung minggu, aku berkesempatan membawa familiku makan malam di Medan Selera Sabak Awor.

Kedudukan Medan Selera Sabak Awor ini berdekatan dengan Jambatan Kedua Muar. Jika datang dari Melaka ataupun Tangkak, kedudukan medan selera ini sebelah kanan Jalan Pintasan Muar-Melaka. Jika datang dari Batu Pahat kedudukannya di sebelah kiri Jalan Pintasan Muar-Melaka. Boleh minta bantuan pakcik google kalau sesat.

Serba sedikit tentang Medan Selera Sabak Awor yang aku tau ialah tempat ini sudah cantik dan menarik daripada semasa zaman aku sekolah dulu. Banyak kemudahan yang disediakan selain daripada deretan kedai makan. Terdapat surau, tandas dan ruang parkir kereta yang banyak berbanding dahulu.

Malam itu aku dan famili aku order nasi putih 2 hidang, 2 ekor ikan siakap masak 3 rasa, 1 hidang kerang bakar, 2 hidang sotong goreng tepung, 2 hidang sayur kailan ikan masin, 1 hidang ketam masak black pepper dan 2 jug oren juice. Kalau korang nak order makanan yang lain pun ada juga. Disini aku order makanan di Gerai Ikan Bakar Wak Jos. Antara kedai makan yang popular disini. Memang tidak mengecewakanlah masakan dia. Harga yang dikenakan cukup berpatutan. Semuanya lebih kurang RM 150.

Selesai makan, hero-heroku sempat berposing sebelum aku berangkat pulang. Jika korang singgah di Muar jangan lupa datang ke Medan Selera Sabak Awor, Muar nanti. Pasti korang tidak menyesal.
Wassalam….peace out.

P/s- harap maaf gambar kurang memuaskan. Belum ada rezeki mau angkat DSLR.

DON'T FORGET TO SHARE --->
12 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.