Malang tak berbau

Malang tak berbau

Assalamualaikum & salam sejahtera. Malang tak berbau. Kemalangan kecil telah berlaku terhadap kereta yang dipandu oleh isteriku. Kejadian berlaku ketika isteriku baru pulang dari tempat kerja semalam. Nak dijadikan cerita kemalangan ini berlaku di kawasan perumahan yang aku tinggal. Kena kat belakang rumah aku jek. Kereta yang melanggar kereta aku pula ialah Proton Waja yang dipandu oleh lelaki India. Nasib baik pemandu India tu tak lari kalau tak memang aku cari ke lubang cacing.

Dipendekkan cerita pada mulanya isteriku memandu macam biasa dengan kelajuan 30 km/j. Yela dalam kawasan perumahan mana boleh laju. Sedang dia memandu, dengan secara tiba-tiba kereta Waja yang dipandu oleh lelaki India ini keluar dari simpang dengan lajunya. Jadi isteri memang tak sempat nak elak, lalu berlakulah kemalangan. Pada mulanya lelaki India tu tak mengaku kesalahan dia. Yela dia tengok pemandu kereta aku tu perempuan. Lepas aku datang baru dia nak mengaku dan nak settle. Setelah merujuk di bengkel berdekatan kos pembaikan dianggarkan RM 3000++. Jalan penyelesaiannya ialah membuat laporan polis dan biarkan pihak insurans kereta Waja itu yang selesaikan.

Setelah selesai laporan polis dibuat, keretaku terus dihantar ke bengkel dan dijangka siap menjelang hari raya Cina nanti. Takpelah yang penting keretaku dapat dipulihkan. Jadi kemalangan memang boleh berlaku dimana-mana saja walaupun kita memandu dengan berhati-hati. Yang penting kenalah selalu berwaspada. Aku bersyukur yang isteriku selamat, cuma ada sedikit trauma dan sengal-sengal badannya. Malang memanga tak berbau. Wassalam….peace out.

P/s – Nasib baik ada motorsikal yang boleh aku gunakan untuk ke tempat kerja….

DON'T FORGET TO SHARE --->
27 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.