Mario Gomez jurulatih JDT yang baru

Mario Gomez jurulatih JDT yang baru. Ya pasukan JDT akan menerima jurulatihnya yang terbaru iaitu Mario Gomez atau nama penuhnya Roberto Carlos Mario Gomez selepas jurulatih Bojan Hodak direhatkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Beliau berasal dari Argentina dan merupakan bekas pemain pertahanan pasukan Argentina akan memulakan tugasnya sebagai jurulatih JDT pada Jumaat ini.

Mario Gomez jurulatih JDT yang baru

Pasukan terakhir yang dilatih oleh beliau adalah pasukan South China yang terlibat dalam Piala AFC 2015 baru-baru ini, dimana pasukan ini tidak pernah kalah dalam Kumpulan G dan pasukan pertama menempah ke pusingan ke 2, iaitu antara 16 pasukan yang layak. Berikut adalah sedikit info mengenai karier jurulatih Mario Gomez.Mario Gomez jurulatih JDT yang baruSemoga dengan kehadiran Mario Gomez jurulatih JDT yang baru ini akan membuat pasukan JDT lebih baik melalui strateginya yang terkini amnya serta memberikan pengalaman yang berguna buat para pemain khususnya dalam mencapai target iaitu menjuarai Liga Super 2015 ini serta mengharungi Piala AFC 2015 dengan kedudukan yang terbaik.

Sumber : Wikipedia

SHARE IF YOU CARE --->
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.