Masakan kampung

Masakan kampung. Itu tajuk entri aku kali ni.

Sempena cuti umum hari Khamis iaitu Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor, isteri aku pun memasak makanan kampung kegemaran aku iaitu masakan Jawa. Menunya ialah nasi panas dimasak lembut, sambal udang, telur dadar dan sambal tumis ikan bilis @ dalam bahasa Jawa, sambal bebek… entah betul ke tak ejaan dia hihihi…

Ini adalah masakan kampung bagi orang Johor macam famili aku terutamanya bagi yang ada darah Jawalah Sekali sekala dapat makan masakan ini, memang menambahkan selera. Mana tak, bentuk badan aku yang kurus ni pun boleh tambah nasi 3 pinggan. Bukan pelahap okay…tapi memang sedap. Aku puji sebab memang isteri aku memang pandai memasak. Nak-nak masakan orang Jawa ni. Beruntungnya aku…..

Okaylah setakat ini saja, nanti kalau ada lagi masakan yang istimewa akan aku postkan.

Wassalam………peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->
15 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.