Membeli jersi pasukan JDT

Assalamualaikum & salam sejahtera. Membeli jersi pasukan JDT. Akhirnya setelah hampir setengah musim perlawanan bolasepak Liga Malaysia berlangsung, dapat juga aku membeli jersi pasukan JDT untuk aku, isteri dan anak-anakku. Sebenarnya dah lama juga aku mengidam nak beli jersi pasukan JDT ni kerana rekaannya kali ini mirip jersi pasukan kebangsaan serta dari jenama yang terkenal iaitu Nike. Cuma kewangan saja yang membataskan niatku untuk membeli jersi ini.

Nak kurus dalam masa 25 hari!

membeli jersi pasukan jdt

Ingin belajar jahit baju melayu Johor!

Aku dan isteri membeli jersi pasukan JDT home berwarna merah biru. Manakala anak-anakku  membeli jersi pasukan JDT away berwarna putih biru. Bagi anak-anakku sebenarnya dah lama juga mereka minta dibelikan jersi JDT ni. Pada mulanya memang taklah selalu minta dibelikan, tetapi apabila melihat kawan-kawannya sudah mula memakai jersi JDT ini di taska, maka anak-anakku terus minta dan bertanya bila nak dibelikan jersi JDT untuknya.

membeli jersi pasukan jdt

Ingin belajar buat roti yang lembut seperti di hotel!

Setelah sekian lama tertangguh, akhirnya dapat juga aku membeli jersi pasukan JDT untuk aku sekeluarga. Walau terpaksa mengeluarkan modal yang besar tapi aku tak kisah selagi mereka semua gembira. Kepada semua penyokong pasukan JDT atau Johor Darul Ta’zim, jangan lupa membeli jersi pasukan JDT ini sebagai tanda sokongan korang. Wassalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->
22 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.