Mendaftar Anaqie ke pra sekolah

Mendaftar Anaqie ke pra sekolah

Assalamualaikum & salam sejahtera. Mendaftar Anaqie ke pra sekolah. Anakku yang sulung iaitu Anaqie akan berumur 6 tahun pada tahun 2014. Jadi aku telah pun mendaftarkan anakku ini ke pra sekolah di sebuah sekolah di Johor Bahru.

Panduan mempertahankan diri khas buat wanita!

Inilah pengalaman aku kali pertama mendaftarkan anak ke sekolah. Rasa berdebar-debar pulak. Terasa seperti memasuki dewan exam je tak pun seperti menonton perlawanan Johor DT.  Apa-apa pun diharap semuanya berjalan lancar. Kebetulan adikku bekerja sebagai kerani di sekolah berkenaan, jadi mudahlah sikit untuk aku memantau aktiviti anakku nanti.

40 punca kerana sukar hamil!

Semoga anakku Anaqie seronok belajar disana dan yang paling penting dapat belajar bersungguh-sungguh dan membanggakan kedua ibu bapanya. Amin. Wassalam..peace out.

P/s – Korang ada pengalaman mendaftar anak ke sekolah ke? Sharelah kat sini.

DON'T FORGET TO SHARE --->

32 Replies to “Mendaftar Anaqie ke pra sekolah

  1. Hehe..saya pun dah tak lama lagi dah nak tempuhi pengalaman macam ni..sekarang anaks aya nak masuk 3 tahun dah..lagi 3 tahun dapat lah pengalaman macam ni..hehe..

  2. dah besar dah anaqie..mujurlah adik bro kerja kat situ kan. Sekurang-kurangnya anaqie ada seorang yang dia kenal jadi mudah untuk dia biasakan diri nanti 🙂

  3. Tahniahlah dapat tempat di Pra Sekolah. Masa hantar pendaftaran anak sulung ke tadika dan sekolah rendah dulu, minta tolong emak mertua sebab Kak Long pun sibuk berada di sekolah. Mulai tahun lepas, bila masa persekolahan anak awal daripada waktu persekolahan Kak Long, dapatlah hantar anak bongsu ke tadika. Tahun in, in shaa Allah masih berpeluang untuk hantar lagi.

  4. belum pernah hantar anak daftar ke sekolah lagi. Tapi teringat pengalaman berdaftar ke sekolah tadika dulu, pergi daftar sendiri. ayah outstation, mak jag adik2 yang masih kecil di rumah. ngeh2

  5. saya dh punya 2 org anak bersekolah, minggu pertama mmg minggu pengenalan buat mereka, dulu2 kat tadika parents tak dibenarkan utk teman anak, masa sekolah rendah pula hari pertama je 😉

  6. Masa daftar sekolah kakak sulung, mmg berdebor macam yg bro cakaplah…macam tgk bola…hohoho…adrelina memancut jer…hehe

    moga2 anaqie cepat sesuaikan diri…

  7. Mujur ada adik yang kerja kat sekolah tu. Boleh jugak minta tolong tengok-tengokkan. Anak saya pulak semua kecik-kecik lagi, paling tua pun baru umur 2 tahun. Lambat lagi rasanya nak hantar ke pra. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.