Mengumpul permainan superhero Lego

Assalamualaikum & salam sejahtera. Mengumpul permainan superhero Lego. Baru-baru ini selepas melihat rancangan kartun superhero Lego di Astro pada petang Sabtu tempoh hari, anak-anak aku terus teringin nak kumpul permainan superhero Lego tersebut. Kebetulan pula aku pun memang minat dengan permainan Lego ni sejak kecil lagi, jadi pada malam harinya aku sekeluarga ke Bazar Karat Johor Bahru mencarinya.

Belajar jahit baju melayu dan baju kurung disini!

Mengumpul permainan superhero Lego

Buat duit hanya duduk di rumah sahaja!

Hasil dari pencarian permainan superhero Lego tersebut, dapatlah aku membeli 6 jenis superhero iaitu Batman, Spiderman, Wolfverine, Thor, Captain America dan Ironman. Kira seorang dapat 2 jenis superhero Lego ni. Kena adil kalau beli permainan macam ni. Inilah ragam ketiga-tiga anak lelaki aku. Perasaan gembira anak-anak aku terpancar di mukanya selepas permainan Lego ni siap dipasang. Itu yang penting bagi aku . Apa-apa pun kalau mereka happy, aku pun happy juga. Masih dalam misi mencari lagi superhero Lego.Wassalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->
21 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.