Meriahnya Stadium Larkin

Assalamualaikum & salam sejahtera. Meriahnya Stadium Larkin. Pada hari Jumaat lepas aku berkesempatan turun ke Stadium Larkin bagi menyaksikan perlawanan bolasepak Liga Super 2013 diantara Johor Darul Takzim menentang Perak. Sebagai anak jati Johor adalah menjadi satu kemestian menyokong pasukan Johor Darul Takzim tak kiralah sama ada menang ataupun kalah. Berikut adalah keadaan semasa aku berada di Stadium Larkin yang begitu meriah dengan penyokongnya. Inilah yang dimahukan oleh Tengku Mahkota Johor selaku pengerusi pasukan Johor Darul Takzim yang mahu rakyatnya memenuhi stadium untuk memberikan sokongan padu.

Keputusan pada malam itu ialah pasukan Johor Darul Takzim mengatasi Perak dengan 1-0. Cuma aku tak berpuashati dengan perlawanan malam itu kerana sepatutnya pasukan Johor Darul Takzim boleh menjaringkan lebih banyak gol kerana pemain Perak hanya bermain 9 orang sahaja. Kesempatan inilah tidak boleh dilepaskan oleh tuan rumah. Walaubagaimanapun, pasukan Perak bermain dengan baik kerana berjaya mematahkan beberapa serangan dari pasukan Johor Darul Takzim. Semoga pada perlawanan akan datang pasukan Johor Darul Takzim dapat bermain dengan lebih baik lagi.

“Luaskan kuasamu Johor”

Wassalam….peace out

SHARE IF YOU CARE --->
17 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.