Mesin jahit sudah diperbaiki

Mesin jahit sudah diperbaiki

Mesin jahit sudah diperbaiki. Alhamdulillah mesin jahit baju dan mesin jahit tepi kepunyaan isteriku sudah siap diperbaiki. Jadi misi untuk menjahit baju kurung dan baju melayu sudah boleh dimulakan. Dengan adanya kedua-dua mesin jahit ini dapat isteriku berjimat dan seterusnya menyiapkan baju kami sekeluarga.

Memang kos untuk memiliki kedua-dua mesin jahit ini agak tinggi. Tapi memandangkan penjimatan yang akan diterima maka berbaloilah memiliki mesin jahit ini. Bagi yang baru belajar menjahit dan ada modal bolehlah mendapatkan mesin jahit seperti ini kerana ianya bukan sahaja tahan lama dan lasak, malah sesuai untuk semua jenis kain. Tapi jika tiada modal, mesin jahit biasa pun boleh digunakan.

Sekarang ni dapatlah isteri menyiapkan baju kami sekeluarga dirumah saja dan pada masa yang sama tanggungjawab sebagai surirumah tidak dilupakan.  Mungkin selepas ini isteriku boleh menjadi surirumah sepenuh masa dan menjalankan bisnes menjahit dirumah bagi menjana pendapatan di masa depan nanti. Siapa tahukan. Jangan lupa juga dapatkan cara menjahit baju kurung atau baju melayu dibawah ini;

[+] LINK – CARA MENJAHIT BAJU KURUNG

Sila like fanpage kami disini;

[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju

DON'T FORGET TO SHARE --->
18 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.