Minuman yang jarang dijumpai

Minuman yang jarang dijumpai

Minuman yang jarang dijumpai

Assalamualaikum & salam sejahtera. Minuman yang jarang dijumpai. Ketika aku beraya ke rumah saudara di Batu Pahat, aku telah dihidangkan dengan minuman didalam botol kaca ini. Rupa-rupanya ini adalah minuman yang jarang dijumpai sekarang ni. Biasanya di kampung-kampung sahaja ada minuman ini yang selalunya digelar “oren bodoh”. Entah kenapa boleh mendapat gelaran sedemikian. Mungkin kerana rasa dan warnanya seakan-akan minuman berjenama tetapi penampilannya agak sederhana.

Sebenarnya ada 3 perisa yang aku tau iaitu perisa oren, sarsi dan aiskrim soda. Memang susah nak jumpa minuman ini kerana kilang yang membuatnya hanya mengeluarkan produknya yang terhad. Maklumlah kilang di kampung sahaja. Biasanya jika ada kenduri kahwin, minuman ini digunakan sebagai air minuman bancuhan seperti air sirap bandung. Rasanya memang sedap dan kaw. Minuman ini dahulunya susah nak didapati. Saudara aku ini pun hanya dapat membeli 2 kotak sahaja kerana kekurangan stok. Kira untuk menjamu sanak saudara yang bertandang ke rumah memang boleh sangat.

Tapi kini minuman ‘oren bodoh’ ini telah dikomersialkan terutamanya pengusaha bumiputera. Telah ada beberapa buah kilang telah dibina untuk memenuhi permintaan pelanggannya. Apa-apa pun minuman ini memang jarang lagi dijumpai. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati jika anda berpeluang nanti. Wassalam…peace out

SHARE IF YOU CARE --->
56 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.