Minyak naik 20 sen

Minyak naik 20 senAssalamualaikum & salam sejahtera. Minyak naik 20 sen. Semalam kerajaan telah mengumumkan kenaikan minyak petrol Ron 95 dan diesel sebanyak 20 sen atas alasan mengukuhkan ekonomi negara. Ini menyebabkan pembelian panik di seluruh stesyen minyak di seluruh negara. Kenaikan ini telah pun dijangka. Tapi adakah dengan kenaikan harga minyak ini membebankan aku? Ya sedikit sebanyak memang ada. Tapi ini juga mengajar aku supaya lebih berjimat cermat dalam menguruskan kewangan keluarga dan mencari pendapatan tambahan.

Ada pelbagai cara untuk yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kenaikan harga minyak ini. Antaranya ialah :-

  • Mengurangkan perbelanjaan harian dan membeli apa yang diperlukan sahaja. Lebihan daripada perbelanjaan tersebut bolehlah dimasukkan di dalam kos minyak.
  • Kerajaan telah menyediakan kemudahan perbelanjaan seperti Kedai 1 Malaysia. Jadi boleh kita berbelanja di situ kerana harga produknya lebih murah dan kualitinya hampir sama dengan produk berjenama.
  • Membawa bekalan makanan dari rumah. Kebaikannya dapat berjimat sekaligus kesihatan lebih terjamin kerana kebersihan makanan daripada bekalan makanan dijaga oleh kita sendiri.
  • Mencari pendapatan tambahan sama ada berniaga kecil-kecilan mahupun dari internet seperti bekerja dirumah, mengambil upah menjahit baju dan macam-macam lagi.

Ini adalah beberapa cara yang korang boleh amalkan untuk menyerap bebanan kenaikan harga minyak. Yang penting kita kena bersedia. Jangan hanya harapkan bantuan sahaja. Kenaikan pasti akan berlaku sama ada cepat atau lambat saja. Hanya kita sahaja yang boleh mengubah nasib kita. Wassalam…peace out

P/s – Ini adalah pendapat aku. Bagi yang ingin buat duit dengan internet bolehlah klik disini ataupun klik disini

DON'T FORGET TO SHARE --->

42 Replies to “Minyak naik 20 sen

  1. Buat perubahan pada gaya hidup. Jika tidak mahu buat perubahan hidup, tambah pendapatan dengan apa juga cara asalkan halal supaya kita dapat hidup dengan gaya yang biasa.

  2. nak buat apa pun tak boleh bro….kerajaan tetap jugak naikkan 20sen… aku cuma boleh berdoakan kerajaan skrg akan lebih prihatin dan terbuka hati mereka dan lagi 4 tahun mungkin mereka akan tahu apa nasib mereka

  3. kenaikan harga minyak tak boleh lari, tak hari ni, esok lusa mesti naik. manfaatkanlah sebaiknya setiap rm yang kita keluarkan untuk petrol…

  4. betul tu banyak alternatif yang boleh kita ambil…

    tapi bab beli barang di kedai 1 malaysia saya kurang setuju…hehehehe

  5. Berfikirlah secara positif. . Jadikan kenaikan harga minyak 20 sen seliter sebagai cabaran kepada kita untuk berusaha dengan lebih gigih supaya dapat menaikkan taraf ekonomi diri dan keluarga. .. In Shaa Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.