Misi menjahit baju raya
Assalamualaikum & salam sejahtera. Misi menjahit baju raya. Alhamdulillah selepas keluar sahaja dari hospital, isteriku tanpa membuang masa terus memulakan kembali misi menjahit baju raya untukku dan juga hero-heroku. Pola baju semuanya telah siap dibuat dan sekarang adalah proses seterusnya iaitu memotong kain. Nasib baiklah ada panduan baju kurung dan baju melayu ini. Jadi membuat pola baju berjalan dengan lancar. Bahagian yang terlupa dapatlah diingatkan semula. Selepas kain telah siap dipotong, bolehlah ianya dijahit. Memang isteriku ini jenis orangnya tak reti duduk diam, ada saja benda yang nak dibuat walaupun belum sihat sepenuhnya dan tengah sarat mengandung. Jadi apa yang mampu aku tolong hanyalah menjaga hero-heroku. Bagi yang ingin mendapat panduan baju kurung seperti isteriku bolehlah dapatkannya disini. Semoga korang dapat menyiapkan baju kurung dan baju melayu untuk dipakai pada hari raya nanti. Wassalam…peace out
banyak boleh jimat ni. semoga sempat siap sebelum raya…
Hehe..kena siapkan cepat ni bro..isteri dah selamat bersalin ke?hehe
belum lagi tapi dah boleh standby skrg ni…
Pandai isteri Bro menjahit baju… Senanglah, tak payah tempah baju dekat kedai jahit.. 😉
bolehlah bro…pernah juga dia dapat tempahan tapi tak banyak..
terbaiklah!
jahit sendiri pasti puas hati…jimat pun jimat…serius..terbaik!
jimat juga bro..yela kalau upah jahit untuk baju kanak2 pun mahal sekarang ni..
Untung ade isteri yang rajin nie.. memang bergune la panduan menjahit tue kan
Tulah memang membantu sangat di saat2 akhir ni
bertuah dapat isteri yg rajin, semoga sgera sembuh buat isteri bro, mesti seronok anak2 nanti
Syukur Jun, dia memang suka menjahit…
oh rajin isteri bro walaupun sedang sarat yer…huhu
kena buat juga, dapatlah berjimat sikit
Beruntung bro dapat isteri yang rajin..baru keluar wad dan mula menjahit. Raya pun dah semakin dekat kat 🙂
dia siapkan baju anak2 dulu….kesian tgk budak2 nanti..
Untungnya ada bakat menjahit…
suria pun boleh kalau nak….
dah ada pola laju sikit nak buat >__< syukur si dia dah sihat 🙂
betul tu suri pola baju dah siap senangkan..
Alah beli jer kat Jakel,,,habis cerita.
Ala bukan ada banyak duit macam ko bro…
gigih isteri bro.. ^^
kena siapkan juga, kalau tak membazir nanti
terbaik bro… hahahahahah sama la kite..
Yeke, bukan apa nak bagi meriah je raya tahun ni…
hehehe. jahit jangan tak jahit..hehehe
Kena siapkan bro….bro dah siap dah baju raya…