Misteri Kemayan City, Johor Bahru

misteri kemayan city johor bahru

Assalamualaikum & salam sejahtera. Misteri Kemayan City, Johor Bahru. Sementara tengah hot kisah misteri ini, aku nak share sikit satu lagi kisah misteri di Johor Bahru. Bukan kisah Villa Nabila sahaja yang ada di Johor Bahru. Kisah ini berlaku di Kemayan City yang terletak bersebelahan jalan utama iaitu Jalan Skudai ke Johor Bahru.

Ingin belajar menjahit baju!

Asal bangunan Kemayan City itu adalah kompleks membeli belah dan pejabat yang terbengkalai pembinaannya. Terbengkalai kerana kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 1997. Sejak daripada itu bangunan Kemayan City terus terbiar dan ditumbuhi semak samun.

Panduan diet yang betul

Kisah misteri yang berlaku di Kemayan City ini yang aku pernah dengar daripada penduduk sekitar dan daripada pak guard yang pernah menjaga bangunan tersebut ialah :

Kisah 1

Satu keluarga warga Singapura yang datang ke Johor Bahru untuk membeli belah telah singgah ke Kemayan City. Setelah puas bersiar-siar dan membeli belah, mereka pun pulang ke rumah. Setibanya di rumah mereka, didapati barangan yang beli di Kemayan City tadi hanya daun-daun kering dan ranting-ranting kayu sahaja.

Kisah 2

Seorang pemandu teksi yang baru sahaja bekerja telah membawa seorang penumpangnya. Tak pasti pulak penumpangnya lelaki ataupun perempuan, Apabila tiba di hadapan bangunan Kemayan City itu, penumpang pun minta untuk turun. Seperti biasa pemandu teksi tersebut ingin meminta bayaran dan bila toleh ke belakang pemandu itu mendapati penumpangnya terus ghaib.

Kerja sampingan hanya dirumah!

Itulah dua kisah yang aku selalu dengar dari penduduk sekitar. Kedua-dua kejadian ini berlaku pada waktu malam. Cuma kisah misteri ini tidaklah dihebohkan sangat dan telah lama juga berlaku. Apa-apa pun jangan terlalu taksub dengan kisah sebegini. Kini kerajaan Johor telah mengambil inisiatif untuk memajukan balik bangunan Kemayan City tersebut dan sekarang dalam proses pembaikan. Semoga Kemayan City akan menjadi pusat destinasi membeli belah terkemuka di Johor Bahru. Wassalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->
38 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.