Murtabak Singapore di Muar

Assalamualaikum & salam sejahtera. Murtabak Singapore di Muar. Disini aku nak kongsikan korang satu menu makanan yang famous juga bila berada di daerah Muar dan di negeri Johor Darul Ta’zim iaitu Murtabak Singapore. Memang setiap kali jika aku pulang ke kampung di Muar pasti akan singgah disini untuk membeli Murtabak Singapore ini.

Ingin tambah pendapatan hanya bekerja dirumah!

Murtabak Singapore di Muar

Restoran yang menjual Murtabak Singapore di Muar ini diberi nama Restoran Murtabak JD. Kedudukannya yang berhampiran dengan jalan utama dari Tangkak ke Muar, bersebelahan dengan stesyen minyak Petronas ini memang mudah dicari. Kalau tak jumpa korang bolehlah cari kat google, mesti jumpa punya.

Panduan menjahit baju melayu dan baju kurung!

Murtabak Singapore di Muar2

Harga Murtabak Singapore di Muar ini pada aku taklah mahal sangat dan berpatutan. Jika makanannya sedap, mahal macam mana pun mesti orang belikan! Sambutan pelanggan disitu memang menggalakkan. Kalau lambat memang cepat habis. Harga Murtabak Singapore yang dijual di situ adalah seperti berikut :-

  • Murtabak Spesial – RM 16 (untuk 4/5 orang makan)
  • Murtabak Besar – RM 10 (untuk 2/3 orang makan)
  • Murtabak Kecil – RM 6 (untuk 1 orang makan)

Panduan kuruskan badan dalam masa 25 hari!

Jadi kalau korang singgah ke daerah Muar ini nanti jangan lupa singgah makan Murtabak Singapore. Murtabak Singapore di Muar ini memang sedap dan pasti korang menyesal kalau tak cubanya nanti. Wassalam…peace out

Sumber gambar : google

DON'T FORGET TO SHARE --->
22 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.