Nasi Tomato

Nasi Tomato

Assalamualaikum & salam sejahtera. Hidangan Nasi Tomato. Inilah menu makanan tengahari yang dimasak oleh isteriku pada cuti umum yang lepas iaitu cuti Maulidur Rasul. Hidangan Nasi Tomato ini sudah lama aku request pada isteriku untuk dimasak. Mungkin kerana kesibukan dan kepenatan bekerja maka isteriku mengatakan yang hidangan Nasi Tomato akan dimasak pada cuti umum nanti.

Hidangan Nasi Tomato ini tidaklah sukar dimasak. Yang penting kita kena cuba memasaknya. Hidangan Nasi Tomato ini terdiri daripada nasi berempah, ayam masak merah dan acar nenas. Lupa pulak nak bagitau yang hidangan Nasi Tomato ini adalah percubaan kali pertama isteriku. Mungkin kerana sudah biasa memasak jadi hasilnya memang menjadi. Tahniah diucapkan kepada isteriku. Hero-heroku pun suka makan hidangan ini sampai dia request pada isteriku supaya membuat lagi hidangan Nasi Tomato ini. Hidangan ini pada aku adalah salah satu hidangan berkhasiat kerana lengkap dengan ada karbohidrat dari nasi, protien dari ayam dan zat vitamin dari nenas.

Untuk mencuba hidangan Nasi Tomato ini bolehlah melihat resepi ini boleh klik disini. Selamat mencuba hidangan yang ringkas lagi berkhasiat ini. Wassalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->
34 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.