Obermain pilihanku

Obermain pilihanku

Assalamualaikum & salam sejahtera. Obermain pilihanku. Ya jenama barangan dari Germany sejak dari tahun 1888 ini menjadi pilihanku. Sebenarnya aku baru menyukai jenama Obermain ini sejak dari tahun 2009 lagi.

Pada mulanya barangan Obermain ini bukanlah di dalam jenama pilihanku. Yang aku tahu jenama ini sinonim dengan orang-orang yang berumur 40 tahun ke atas atau pun golongan otai. Bukan nak kutuk tapi kebanyakan rekaan dan barangan dari jenama Obermain ini memang luar dari citarasa orang-orang berumur awal 30an macam aku. Itu hanya pendapat aku aje ok. Tapi sebenar ada juga barangan jenama Obermain yang aku suka. Contohnya beg selempang dan beg duitnya. Rekaan telah menarik minatku. Ini merupakan beg selempang aku yang kedua aku beli dari jenama Obermain. Manakala beg duitnya ini yang pertama dibeli.

Apa yang aku suka tentang Obermain ini ialah ketahanan dan kualiti barangan yang dihasilkan. Beg selempang yang pertama aku beli pada tahun 2009 masih lagi boleh digunakan. Cuma aku beli beg selempang yang lebih besar sikit dari yang asal. Mudah nak letak Galaxy Tab 2 aku. Harganya mampu milik jugalah. Oleh itu Obermain pilihanku. Wassalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->
20 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.