Pablo Aimar pemain import termahal Malaysia

Pablo Aimar

Assalamualaikum & salam sejahtera. Pablo Aimar pemain import termahal Malaysia. Pablo Aimar, pemain yang berasal dari Argentina menjadi pemain import termahal dalam Liga Malaysia 2014. Beliau telah menandatangani kontrak untuk bermain dengan pasukan Johor Darul Takzim untuk musim 2014. Ujian pertamanya ialah semasa perlawanan persahabatan menentang pasukan Perth Glory di Stadium Larkin pada 14 Ogos ini. Dari sumber yang diperolehi, tujuan dan sebab Pablo Aimar bermain untuk Johor Darul Takzim ialah untuk pembangunan bolasepak khususnya di negeri Johor dan amnya di Malaysia. Ini kerana beliau telah dapat tawaran yang lebih tinggi dari pasukan di Dubai dan Brazil, tetapi ditolaknya untuk bermain dengan Johor Darul Takzim. Semoga Pablo Aimar dapat menyesuaikan diri bermain di Malaysia sesuai dengan status pemain import termahal di Liga Malaysia dan jika ada rezeki memenangi sebarang piala untuk musim 2014. Wassalam…peace out.

SHARE IF YOU CARE --->
35 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.