Pablo Aimar pemain Johor Darul Takzim

Pablo Aimar pemain Johor Darul TakzimAssalamualaikum & salam sejahtera. Pablo Aimar pemain Johor Darul Takzim. Akhirnya pemain dari Argentina, Pablo Aimar telah tiba di negeri Johor semalam. Menjadi pemain import terbaru untuk pasukan Johor Darul Takzim bagi mengukuhkan kekuatan di jentera serangan bagi Liga Super 2014 musim depan. Sebelum ini pasukan Johor Darul Takzim telah pun mengikat pemain import dari Sepanyol iaitu Braulio Nobrega Rodriguez.

Hari ini, 14 hb September 2013 pengurusan pasukan Johor Darul Takzim akan mengadakan satu majlis sesi suai kenal kepada media dan sesi menandatangani kontrak antara pasukan Johor Darul Takzim dan Pablo Aimar yang diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. Majlis ini akan bermula jam 10.30 pagi dan masuk adalah percuma. Kepada penyokong pasukan Johor Darul Takzim jangan ketinggalan menyaksikan hari bersejarah ini. Semoga pasukan Johor Darul Takzim akan terus memberikan tentangan hebat bagi musim depan Liga Malaysia 2014 khususnya Liga Super 2014.

Luaskan kuasamu Johor.

Sumber – Johor Fan Club

DON'T FORGET TO SHARE --->
39 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.