Pahang FA vs JDT Liga Super 2017

Pahang FA vs JDT Liga Super 2017. Ini adalah perlawanan kelima belas antara pasukan JDT atau Johor Darul Ta’zim vs pasukan Pahang FA dalam Liga Super 2017. Berikut adalah butir-butir perlawanan tersebut:

[+] Ebook menjahit pelbagai baju

Pahang FA vs JDT Liga Super 2017

VS

Pahang FA vs JDT Liga Super 2017

Pahang FA vs JDT Liga Super 2017

Tarikh : 11hb Julai 2017 (Sabtu)

Masa : 8.45 Malam

Tempat : Stadium Darul Makmur, Kuantan

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATU
LINK DUA
LINK TIGA
JDTTV
TV3
TV9

Keputusan perlawanan :

PASUKAN
PASUKAN
Pahang FA ( 0 )
VS
JDT ( 2 )

[+] Kerja part time dirumah DIPERLUKAN!

Perlawanan antara pasukan JDT dengan pasukan Pahang FA ini adalah perlawanan yang kelima belas buat pasukan JDT dalam Liga Super 2017. Perlawanan ini pastinya menarik kerana pasukan Pahang FA merupakan pasukan yang menjadi pesaing terdekat pasukan JDT dalam kedudukan Liga Super 2017. Hanya dibezakan 8 mata sahaja dari perlawanan yang terakhir, bukan menjamin kedudukan yang selamat oleh pasukan JDT. Umum mengetahui pasukan Pahang FA berjaya menewaskan pasukan JDT dalam suku akhir Piala FA 2017 dengan agregat 4 – 3. Tetapi inilah bolasepak. Apa pun boleh terjadi jika tidak berwaspada dan leka. Manakala bagi pasukan JDT pula, inilah masanya barisan kejurulatihan memantapkan taktikal dan strategi yang baik untuk menghadapi pasukan Pahang FA serta memastikan yang 3 mata berharga dapat dikutip di laman lawan nanti. Harus diingatkan bahawa pasukan JDT kini hanya tinggal satu piala sahaja yang ingin dipertahankan iaitu Juara Liga Super 2017 selain daripada Piala Malaysia 2017 yang baru sahaja bermula. Selain daripada itu perlawanan ini adalah pertemuan pertama 2 Insa bersaudara iaitu Natxo Insa bermain untuk pasukan JDT, manakala Kiko Insa bermain untuk pasukan Pahang FA.

Semoga perlawanan JDT vs Pahang FA Liga Super 2017 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT dan dapat mengekalkan prestasi yang konsisten serta bermain bersungguh-sungguh di laman lawan demi membuktikan yang pasukan JDT masih lagi pasukan yang masih lagi memberikan saingan yang sengit. Semoga para pemain JDT terus memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan kepada para penyokong permainan bola yang sebenar. Untuk penyokong pasukan Harimau Selatan yang hadir menyaksikan perlawanan disana nanti pula diharap dapat menjaga disiplin dan menjaga nama baik pasukan JDT serta tunjukkan pada penyokong Pahang FA yang penyokong Johor amat bertamadun mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Luaskan kuasamu Johor”

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.