Panduan terkini peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27

Panduan terkini peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27. Disini terdapat satu panduan peperiksaan bagi jawatan Penolong Pegawai Arkib S27 kepada calon yang ingin memohon jawatan ini. Seperti sedia maklum bagi memohon jawatan ini, setiap calon perlulah menduduki peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 dan lulus dengan cemerlang sebagai syarat untuk dipanggil temuduga.

Sehubungan dengan itu,Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengeluarkan jadual peperiksaan bertulis bagi jawatan Penolong Pegawai Arkib S27 yang akan diadakan pada 12 Mei 2014 di setiap pusat pemeriksaan negeri masing-masing jika tiada perubahan tarikh dibuat. Sudah menjadi lumrah apabila hampir menjelangnya peperiksaan, permintaan ataupun carian calon terhadap panduan atau contoh soalan peperiksaan semakin tinggi.

Secara amnya, format peperiksaan bagi jawatan Penolong Pegawai Arkib S27 adalah sama dengan jawatan lain yang setaraf dengannya. Calon perlulah lulus dengan cemerlang di setiap seksyen dalam ujian tersebut. Ini bermakna, jika calon gagal dalam mana-mana ujian di setiap seksyen, maka gagallah keseluruhan peperiksaan tersebut. Maka peluang untuk ditemuduga pasti tertutup.

Format dan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27

Format dan contoh soalan peperiksaan bertulis Penolong Pegawai Arkib S27 ini terbahagi kepada 2 seksyen iaitu :

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Soalan : 50
Masa : 40 minit

Seksyen A bertujuan untuk menguji pengetahuan calon berkenaan senario sosio- demografi dan ekonomi Malaysia dan global. Calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara berkaitan dengan statistik, ekonomi, sosial, kewangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan isu-isu semasa. Calon-calon perlu peka kepada perkembangan semasa melalui media masa dan bahan bacaan yang lain. Antara contoh soalan yang diberikan adalah seperti berikut.

Contoh soalan :

1. Manakah antara berikut merupakan butiran aset dalam Kunci Kira-kira?

I Tunai
II Kenderaan
III Penghutang
IV Modal Kerja

A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

Jawapan : C

SEKSYEN B – DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Soalan : 40
Masa : 45 minit

Dalam seksyen B, calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan :

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).Antara contoh soalan adalah seperti berikut :

Contoh soalan :

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A 28
B 49
C 56
D 62

Jawapan : A

Teknik menjawab :

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah :

8 x 7 / 2 = 28

Demikianlah contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 yang dapat dikongsikan buat calon diluar sana. Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik semasa peperiksaan ini. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Pegawai Arkib S27 adalah lebih baik.

Bagaimana mendapatkan panduan terkini peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27

Panduan terkini peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 telah pun dikeluarkan oleh pihak Tim Infokerjaya tetapi hanya untuk masa yang terhad iaitu 2 hari sahaja. Jualan panduan ini hanya dibuka pada 9 Mei 2014 hingga 10 Mei 2014 sahaja demi menjaga kualitinya. Kepada calon-calon peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 ini boleh dapatkan panduan terkini menerusi link atau banner dibawah. Selamat berjaya!

[Klik Disini – Panduan Terkini Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27]

DON'T FORGET TO SHARE --->
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.