Pato bakal menggantikan Diaz

Pato bakal menggantikan Diaz. Ya ini memang satu kejutan buat pasukan Johor Darul Ta’zim terutama penyokong setia JDT. Telah terdengar khabar angin yang mengatakan pemain import pasukan JDT iaitu Jorge Pereyra Diaz bakal berhijrah ke pasukan lain. Rupa-rupanya khabar angin memang benar.

Pato masuk menggantikan Diaz

Menurut laman rasmi pasukan JDT, johorsoutherntigers.com.my, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, telah membuat pengumuman rasmi mengenai perpindahan ini.

Saya ingin mengumumkan kepada semua penyokong Johor bahawa Jorge Pereyra Diaz kelak akan menyertai sebuah kelab dari Brazil. Kelab tersebut telah menawarkan utk membeli Diaz dari JDT.

Tetapi saya juga ada berita lebih baik untuk dikongsikan bersama penyokong dan saya yakin ia akan memberi impak kepada pasukan kerana kami telah mengikat kontrak seorang pemain bola sepak Argentina yang bermain di sebuah kelab bola sepak Brazil iaitu Santos FC.

Beliau kini berusia 24 tahun. Saya sangat kagum dengan mutu dan corak permainan yang dimilikinya dan telah memerhatikan beliau semenjak tahun 2013 ketika semasa bermain bersama-sama Neymar. Saya juga turut merasa bangga kerana kini beliau akan menjadi aset pasukan JDT meskipun tempoh diberikan hanyalah berdasarkan pinjaman. Kami berharap akan dapat membeli beliau sepenuhnya selepas November 2015 kelak.

Mungkin ada hikmahnya perkara ini dan saya amat berbesar hati serta rasa gembira untuk menerima dia di dalam pasukan JDT. Beliau dijadualkan tiba di Johor pada 14hb March 2015, dan kami akan mengumumkan kepada penyokong JDT kelak. Kami juga akan membuat kejutan apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan April nanti.

Ini merupakan salah satu strategi pemasaran JDT dengan mengambil pemain muda bertaraf antarabangsa dan berharap dapat memberi sumbangan kepada kelab JDT dan semoga tawaran untuk pemain itu sendiri akan bertambah apabila berhijrah suatu hari nanti ke pasukan bola sepak tanahair.

Sumber : johorsoutherntigers.com.my

Profil pemain JDT bakal menggantikan Diaz

  • Nama : Patito Rodriguez @ Pato
  • Asal : Argentina
  • Umur : 24 tahun
  • Kelab terdahulu : Santos Fc , Estudiante
  • Posisi : Penyerang Tengah , Penyerang

Semoga dengan kehadirannya Pato bakal menggantikan Diaz ini akan memperkuatkan lagi pasukan Johor Darul Ta’zim bagi mengharungi Liga Super 2015 dan Piala AFC 2015 dan seterusnya memenangi sekurang-kurangnya 1 piala.

“Luaskan kuasamu Johor”

 

DON'T FORGET TO SHARE --->
4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.