Pemain import terkini JDT

Assalamualaikum & salam sejahtera. Pemain import terkini JDT. Setelah berakhirnya jendela perpindahan para pemain baru-baru ini, pasukan Johor Darul Ta’zim atau JDT telah mendapatkan khidmat 2 pemain import baru dari negara Brazil dan Argentina iaitu Marcos Antonio Elias Santos dan Jorge Pereyra Diaz. Kedua-dua pemain ini akan menggantikan pemain import JDT iaitu Baihakki Khaizan yang bermain di bahagian pertahanan dan Pablo Aimar yang bermain di bahagian tengah. Berikut adalah serba ringkas profil pemain import terkini pasukan JDT.

Buat part time di rumah!

Pemain import terkini pasukan JDT

 

Pemain import terkini JDT

PROFIL PEMAIN

Nama : Marcos Antonio Elias Santos

Asal : Brazil

D.O.B : 25 Mei 1983 (31 tahun)

Posisi : Pertahanan

Kerjaya : PAOK FC, Belenenses, FC Rapid Bucuresti, FC Nuremberg

Pemain import terkini JDT

PROFIL PEMAIN

Nama : Jorge Pereyra Diaz

Asal : Argentina

D.O.B : 5 Ogos 1990 (24 tahun)

Posisi : Penyerang Tengah

Kerjaya : Ferro Carril Oeste, Club Altetico Lanus

Semoga dengan kehadiran pemain import terkini JDT ini dapat mengimbangi kehilangan dan mengisi kekosongan pemain import JDT yang ditinggalkan oleh Baihakki dan Aimar. Diharap juga mereka dapat cepat serasi dengan strategi permainan yang ditunjukkan oleh jurulatih khasnya serta berkombinasi dengan pemain yang lain dan menyerap corak permainan di dalam Liga Malaysia umumnya dalam baki jadual perlawanan Liga Super 2014.

Ingin belajar menjahit baju melayu Johor!

Para penyokong pasukan Harimau Selatan ini juga berharap dengan adanya pemain import terkini JDT ini, kedudukan pasukan JDT dalam Liga Super 2014 dapat diperbaiki lagi. Diharap juga dapat memberikan saingan dalam Piala FA 2014 serta impian untuk menjulang sekurang-kurang satu piala dapat dicapai.

“Luaskan kuasamu Johor”

Sumber : wikipedia dan setia johor

DON'T FORGET TO SHARE --->
19 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.